Tergempar! Youtuber ajak orang ramai ingat mati, tanam diri dalam kubur bersama ular sawa, akhirnya ini yang terjadi

Photo of author

By Joe

Tergempar! Youtuber ajak orang ramai ingat mati, tanam diri dalam kubur bersama ular sawa, akhirnya ini yang terjadi. Seorang Youtuber melakukan eksperimen di luar jangkaan apabila sanggup menanam dirinya bersama seekor ular sawa bersaiz besar di sebuah tanah perkuburan dekat Indonesia baru-baru ini.

Difahamkan, perbuatan itu merupakan salah satu daripada kandungan di laman Youtube peribadinya yang dikenali sebagai Gilang Barbie dengan tujuan mahu mengajak orang ramai mengingati detik kematian dan berzikir kepada ALLAH.

Turut disaksikan orang ramai dan kru petugas keselamatan di tempat kejadian, lelaki berkenaan ditanam dalam pakaian kain kafan seperti jenazah yang mahu dikebumikan.

Tergempar! Youtuber ajak orang ramai ingat mati, tanam diri dalam kubur bersama ular sawa, akhirnya ini yang terjadi

Turut dilengkapi dengan alat komunikasi, Gilang Barbie menggunakannya untuk memberitahu situasi dihadapi tatkala dia ditanam di tanah perkuburan tersebut.

Namun, situasi bertukar serius apabila satu jeritan pertolongan didengari dari dalam kubur.

Jeritan itu susulan selepas Gilang Barbie dikatakan kehabisan oksigen dan sesak nafas yang sekali gus memaksa orang ramai segera menggali kubur tersebut.

Selesai menggali, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran oleh beberapa lelaki di situ.

Namun, belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan terkini youtuber berkenaan dan video tersebut dimuat naik di laman You Tube dengan tajuk ‘Eksperimen dikebumikan hidup-hidup, untuk muhasabah diri disaksikan orang’.

Baca Lagi:
Dituduh geledah rumah Ketua Pembangkang atas motif politik, ini penjelasan LHDN
Jumpa beg duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka-sangka
Tular surat tawaran jawatan Timbalan Presiden parti PKR untuk KJ, ini penjelasan Fahmi