Tergamak pemandu lori rantai anjing diseret atas jalan raya

Tergamak pemandu lori rantai anjing diseret atas jalan raya

Tergamak pemandu lori rantai anjing diseret atas jalan raya. Seekor anjing telah diseksa dengan kejam apabila dirantai dan diseret oleh sebuah lori di Serdang Jaya baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian pemilik Instagram, Salehatul Khuzaimah M.Ali, kelihatan seekor anjing berwarna hitam dalam keadaan terbaring dan berantai telah diseret pemilik sebuah lori di atas jalan raya.

“Tidak dapat dipastikan sama melalui gambar ini anjing tersebut masih hidup atau pun sudah mati ketika itu.
“Saya juga tidak pasti perbuatan ini disengajakan atau tidak,” katanya.

Tergamak pemandu lori rantai anjing diseret atas jalan raya

Meskipun hanya seekor haiwan, Salehatul berkata kekejaman itu tidak sepatutnya berlaku kerana haiwan juga makhluk tuhan yang bernyawa.

“Saya cuba nak bersangka baik mungkin dia tidak perasan anjing itu diikat tetapi
perbuatan sebegini adalah tidak boleh diterima.

“Semoga kes ini dapat difailkan dengan segera dan disiasat supaya tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada si pelaku jika didapati bersalah,” katanya.

Salehatul turut menggesa orang ramai supaya membuat aduan dan laporan kepada pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Lembaga Kebajikan Haiwan jika terdapat maklumat berkenaan anjing tersebut atau mana-mana kejadian yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan seperti ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk keras perbuatan kejam pemandu lori yang tidak berhati perut itu.

“Astaghfirullah, anjing pun makhluk tuhan juga, kenapa kejam sangat manusia sekarang ni, otak dah hilang ke apa buat macam tu.

“Sangat menyedihkan! Kenapa masih rakyat Malaysia ada yang tak berhati perut macam ni.

“Tolonglah, kalau nampak kejadian macam ni, ambil tindakan. Janganlah sekadar tangkap gambar dan biarkan anjing tu macam tu terus,” komen netizen.

Baca Lagi:
Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi
‘Aunty’ pengemis popular di Seremban akhirnya kantoi buat projek tepi
Syarikat pengeluar mi segera henti pengeluaran serta-merta
CATEGORIES