Terdesak nak pakai duit, lelaki sanggup jual bekas isteri dengan harga RM77 sahaja

Terdesak nak pakai duit, lelaki sanggup jual bekas isteri dengan harga RM77 sahaja

Terdesak nak pakai duit, lelaki sanggup jual bekas isteri dengan harga RM77 sahaja. Tindakan kejam seorang lelaki menjual bekas isteri sendiri bawa padah apabila dia ditahan polis.

Menurut Kumparan News, Muhammad Iqbal Habib menjual bekas isteri melalui satu aplikasi.

Pihak polis memaklumkan bahawa suspek berjaya ditahan pada Jumaat lalu di Wisma Cemara, Riau Indonesia.

Terdesak nak pakai duit, lelaki sanggup jual bekas isteri dengan harga RM77 sahaja

Perbuatan suspek terbongkar setelah polis mendapat laporan berhubung aktiviti pemerdagangan orang yang berlaku di kawasan tersebut.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Petugas Siasatan Jenayah Polis Dumai segera mendapatkan suspek yang berada di perkarangan Wisma Cemara.

Baru berusia 19 tahun, suspek ditahan ketika sedang melakukan urusan jual beli bekas isteri bersama seorang lelaki manakal mangsa ditemukan dalam sebuah bilik.

Suspek dikatakan menawarkan bekas isterinya kepada seorang lelaki dengan harga 250,000 Rupiah (RM77) dan keuntungan yang diterima sebanyak 150,000 Rupiah (RM46).

Suspek mengaku tidak mempunyai pekerjaan tetap, jadi dia terpaksa menjual bekas isterinya.

Susulan itu, suspek akan menjalani prosiding undang-undang dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum lima tahun penjara.

Pada masa sama, mangsa mendedahkan bahawa dia sudah dua kali dijual menerusi aplikasi terkenal di Indonesia.

Baca Lagi:
Lebih 100 mayat manusia ditemui, tapak terseram di UPSI yang ramai tak tahu
Makcik umur 54 tahun jadi jutawan segera selepas menang jackpot RM41.45 juta, hanya bermodalkan RM2.00 sahaja
Kubur 2 beradik terpanjang di Kedah, ini kisahnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES