Terdesak nak pakai duit, individu ini mahu jual ‘toyol’ dalam botol RM50 raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

Terdesak nak pakai duit, individu ini mahu jual ‘toyol’ dalam botol RM50 raih perhatian ramai. Sejak kebelakangan ini, pelbagai barangan pelik dijual di media sosial, termasuklah perkara berkaitan mistik seperti ‘chenuai’, minyak pengasih, ubat kuat, dan sebagainya.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang individu telah menawarkan seekor makhluk yang dipercayai sebagai ‘toyol’ untuk dijual pada harga RM50 sahaja.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial, makhluk tersebut berada di dalam sebuah botol yang ditutup dengan kain.

Terdesak nak pakai duit, individu ini mahu jual 'toyol' dalam botol RM50 raih perhatian ramai

“Toyol berumur enam bulan ingin dilepaskan. Dia suka mencuri duit RM50, tetapi jika ‘mood’ dia tidak berapa baik, duit syiling pun dia ambil.
“Pemilik terdesak nak duit, nak beli mesin basuh,” tulis pemilik makhluk itu dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu tersebut benar-benar ingin menjual makhluk tersebut atau hanya sekadar gurauan di media sosial. Pada masa yang sama, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk itu benar-benar toyol atau hanya patung.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna meninggalkan pelbagai komen yang berminat untuk membeli makhluk berkenaan.

“Berapa harga toyol ni bos? Saya bukan berniat untuk mencuri, tetapi ada benda yang saya boleh buat dengan makhluk ni,” tulis Muhamad Ridzuwan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Taufik Seventress.

“Janganlah buat kerja terlarang. Kesian keluarga makan duit curi, cuba kerja dengan titik peluh sendiri,” ujarnya.

Baca Lagi:
Lelaki berdepan detik ngeri, serangga tersangkut dalam saluran penafasan selama 3 hari
Intel tangguh pembinaan kilang di Pulau Pinang, 2000 kakitangan mungkin dibuang kerja
Kenali 7 jenis beras terbaik untuk pesakit kecing manis