Terbaru ada lagi wanita muncul lapor polis terhadap Ebit Lew di Bukit Aman

Terbaru ada lagi wanita muncul lapor polis terhadap Ebit Lew di Bukit Aman

Terbaru ada lagi wanita muncul lapor polis terhadap Ebit Lew di Bukit Aman. Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, mendedahkan bahawa ada satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, dalam perbicaraan hari kedua pendakwah berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa dia tahu bahawa laporan polis telah dibuat, bagaimanapun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kes itu.

“Saya rasa pihak polis yang perlu beritahu perkembangan kes berkenaan, lagipun saya telah membantu wanita ini dari segi menemani beliau ketika membuat laporan polis, menghubungkan beliau dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).

“Saya telah menjalankan apa yang termampu oleh saya,” katanya pada sesi perbicaraan yang masuk hari kedua berkaitan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Terbaru ada lagi wanita muncul lapor polis terhadap Ebit Lew di Bukit Aman

Mohd Fairuz turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mengetahui di mana wanita itu telah membuat laporan polisnya dan berada bersama wanita itu sebagai saksi polis.

“Ya saya tahu, di Bukit Aman. Bahkan, saya menjadi saksi dan memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.

Mohd Fairuz turut mengakui bahawa dia terlibat dalam laporan polis wanita itu selain peguam daripada MRM serta bahagian wanita MRM selain memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat pada 26 Julai 2021.

Dalam perbicaraan pertama yang berlangsung pada Selasa, Mohd Fairuz mendedahkan bahawa laporan polis berhubung kes yang sedang dibicarakan itu telah dilakukan pada 7 Ogos 2021 oleh seorang wanita dari Tenom yang dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bagi menjawab soalan Ram berhubung perbelanjaan yang perlu dihadapi wanita berkenaan dari Tenom untuk membuat laporan polis di Bukit Aman, Mohd Fairuz bersetuju dengannya.

“Tetapi kos berkenaan ditanggung oleh MRM, bukan saja kes seperti ini bahkan kes-kes yang lain juga yang dikendalikan MRM,” katanya.

Bagaimanapun, dalam soalan sebelum itu, beliau mengakui ada mencadangkan kepada wanita itu untuk membuat laporan polis di Sabah iaitu balai polis yang paling dekat di Tenom.

Perbicaraan sesi pagi berkaitan kes gangguan seksual yang dihadapi Ebit Lew ditangguhkan tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang Rabu.

Sebelum itu, perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia.

Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Guru selamatkan nyawa anak murid, ular tedung melingkar dalam beg sekolah
Amaran! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia bakal terkesan banjir akhir tahun ini
Satu Ipoh kena scam dengan budak sekolah 9 tahun
CATEGORIES