Tentera Rusia berdepan mati beku dalam kereta kebal

Tentera Rusia berdepan mati beku dalam kereta kebal

Tentera Rusia berdepan mati beku dalam kereta kebal. Askar Rusia yang terkandas dalam barisan tentera berperisai sejauh 64.3 kilometer (km) yang terdiri daripada kereta kebal dan persenjataan berat berhampiran Kyiv, selama beberapa hari, boleh berdepan risiko maut dan beku.

Ketika ini mereka berdepan dengan suhu di bawah sifar pada waktu malam. Ukraine dijangka berdepan cuaca sejuk dalam beberapa hari akan datang dengan suhu menurun kepada -10 darjah Celcius beserta salji, lapor The Independent.

Suhu boleh menurun lebih jauh kepada -20 darjah Celcius, pada Rabu, kerana angin timuran bergabung dengan udara Artik.

Tentera Rusia berdepan mati beku dalam kereta kebal

Situasi cuaca berais sebegitu dijangka memburukkan keadaan tentera Rusia yang kini masih terperangkap dalam konvoi besar kereta kebal yang hampir tidak bergerak dan terperangkap sekitar 30 km dari pusat bandar.

Kereta kebal itu akan menjadi ‘peti sejuk besar’ untuk tentera Rusia jika mereka tidak menghidupkan enjin dan akan memaksa mereka untuk melarikan diri, jelas Glen Grant, pakar pertahanan kanan di Yayasan Keselamatan Baltik kepada Newsweek.

“Sebuah kereta kebal logam hanyalah peti sejuk pada waktu malam jika anda tidak menghidupkan enjin,” katanya yang menasihati Ukraine mengenai pembaharuan ketenteraannya. Dia berkata, tentera Rusia tidak akan menunggu, dan akan keluar berjalan ke hutan, dan menyerah diri untuk mengelakkan mati beku.

“Anda tidak boleh duduk dan menunggu kerana jika anda berada di dalam kenderaan anda sedang menunggu untuk dibunuh. Mereka tidak bodoh,” katanya. Kementerian Pertahanan United Kingdom dan pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, konvoi itu tidak bergerak sejak beberapa hari lalu.

“Nampaknya tidak ada pergerakan penting,” kata seorang pegawai kanan pertahanan AS kepada pemberita pada Ahad.

Ia mungkin disebabkan oleh masalah mekanikal, isu bekalan bahan api dan rintangan Ukraine yang semakin meningkat.

“Barisan tentera besar Rusia yang menuju ke Kyiv kekal lebih 30 km dari pusat bandar kerana saingan sengit Ukraine, kerosakan mekanikal dan kesesakan,” kata kementerian itu.

Baca lagi:

Wanita yang kematian suami dibenarkan bekerja dari rumah – PM

Tak perlu keluar modal banyak, guna cara ini untuk kilatkan lampu depan kereta yang kelabu asap

Wanita Ukraine maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.