Tempat awam nak tengok ‘sunset’ pun kena caj sampai RM20?

Photo of author

By Joe

Tempat awam nak tengok ‘sunset’ pun kena caj sampai RM20? Pantai kini menjadi salah satu lokasi popular untuk melepaskan stres bagi golongan muda zaman sekarang. Dengan suasana yang tenang di pantai dan peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam (di beberapa pantai), tempat ini menjadi pilihan ramai untuk menenangkan diri.

Namun, ketenangan tersebut mungkin terganggu jika kemudahan yang disediakan tidak memuaskan hati kita.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @MurMur_travel_n_tour telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan gambar meja dan kerusi di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, yang memperlihatkan harga yang perlu dibayar untuk duduk di situ.

Tempat awam nak tengok 'sunset' pun kena caj sampai RM20?

Dalam video tersebut, harga yang dikenakan berbeza mengikut saiz meja dan kerusi yang disediakan, iaitu RM15 dan RM20. Diketahui bahawa kawasan tersebut adalah tempat yang cantik untuk menyaksikan matahari terbenam.

“No komen. Nak tengok sunset kan? Kenalah berkorban sikit,” tulis pemilik video.

Nampaknya, ada segelintir pengunjung di pantai popular itu yang lebih memilih untuk duduk di lantai dan kawasan berpasir daripada menggunakan meja dan kerusi yang disediakan.

Ramai yang melihat perkongsian video tersebut terkejut dengan harga yang dikenakan, malah ada yang menganggap harga tempat duduk itu tidak masuk akal.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa kawasan tersebut adalah tanah persendirian, jadi pemilik berhak untuk mengenakan caj sedemikian. Beberapa orang juga berkongsi pengalaman mereka yang pernah terkena caj ketika berkunjung ke pantai tersebut.

@murmur_travel_n_tour No komen. nak tgok sunset kan. kena la berkorban sikit #fyp #tgaru #tanjungarubeach #beach #sunset ♬ suara asli – infoinnostalgia

Tempat awam nak tengok 'sunset' pun kena caj sampai RM20?

Tempat awam nak tengok 'sunset' pun kena caj sampai RM20?

Tempat awam nak tengok 'sunset' pun kena caj sampai RM20?

Tempat awam nak tengok 'sunset' pun kena caj sampai RM20?

Baca Lagi:
Ingatkan Sultan Malaysia betul, rupanya Aisar Khaled jadi kegilaan rakyat Indonesia
Hilang kepercayaan terhadap Annuar Musa, Muafakat Nasional Sabah bubar
Kisah tukang masak kapal terperangkap 60 jam di dasar lautan