Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen

Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen

Telekung RM16,000, pengasas Bawal Exclusive ‘disekolahkan’ netizen.

TINDAKAN pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkongsikan harga telekungnya bernilai RM16,000 di media sosial, mendapat perhatian netizen.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu yang di muat naik di akaun TikTok miliknya, memaparkan Haliza yang memakai telekung berwarna hitam yang mempunyai batu kelipan seperti berlian, sedang merakam dirinya di cermin dengan disertakan kapsyen.

“Telekung harga RM16,000 untuk jumpa Allah.

“Baru rasa tak bersalah pakai beg harga belasan ribu jumpa kawan-kawan,” tulisnya.

@halizamaysuriSemuanya Allah yang bagi 💚

♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap perbuatan itu tidak wajar sebagai umat Islam.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang ‘menyekolahkan’ Haliza agar menggunakan wang untuk bantu golongan yang memerlukan seperti asnaf.

Alia_Yaa berkata:” RM16,000 kalau saya ada saya beli tudung kepada anak yatim. Tukar tudung lama mereka. Bila kita dipuncak, bukan pakaian yg membezakan kita hati dan amal.”

Ajiwa pula berkata:” Bukan nilai telekung yang Allah pandang, tapi ibadat kita Allah terima ke tidak paling takut.”

Hannan Mubarak berkata:” Salah betul pemikiran macam ini. Takutnya.” katanya.

Manakala Salwa Salsabila berkata:” RM16,000 boleh beli satu lori beras bagi kepada orang yang memerlukan lagi sampai kepada Allah.

Natasha berkata:” Nanti cari kain kafan harga up lagi sebab betul-betul mengadap Allah nanti tu so mesti lagi nk kena mahal kan.”

Baca Lagi:

Kerap bermimpi sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah, pemuda cina ini peluk Islam

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

[VIDEO] Roti canai terbang ke muka pelanggan, tauke kedai bayar pampasan

CATEGORIES
TAGS