Telefon Realme GT3 model baharu boleh dicas penuh 4,600mAh dalam masa 10 minit

Telefon Realme GT3 model baharu boleh dicas penuh 4,600mAh dalam masa 10 minit

Telefon Realme GT3 model baharu boleh dicas penuh 4,600mAh dalam masa 10 minit. JENAMA telefon pintar, Realme melancarkan model baharu, Realme GT3 yang mengetengahkan pengecasan pantas sebagai tarikan utama peranti itu.

Sistem pengecasan pantasnya boleh menjana kuasa 240W buat tangki bateri 4,600mAh dan boleh diisi penuh dalam masa 10 minit.

Meskipun gajet ini tidak dilengkapi SoC flagship terkini, ciri pengecasan pantas tersebut masih mampu mencuri tumpuan mereka yang mencari telefon pintar baharu.

Telefon Realme GT3 model baharu boleh dicas penuh 4,600mAh dalam masa 10 minit

Pengecasan pantas ini turut memberi kelebihan buat telefon ini yang boleh mencapai 0 hingga 20 peratus kadar bateri dalam masa 80 saat.

Realme GT3 turut dilengkapi dengan sistem penyejuk kebuk wap seluas 6,580 mm2 yang mengawal selia haba yang terhasil daripada operasi pengecasan pantas.

Selain itu, Realme turut menjamin keselamatan buat sistem pengecasan pantasnya dengan memasukkan 13 sensor suhu dan 60 lapisan keselamatan kepada sistem tersebut.

Realme turut memberikan satu ciri menarik pada telefon Realme GT3 iaitu lampu RGB di bahagian belakang yang boleh bertukar warna.

Dari segi paparan, telefon ini mengguna pakai panel paparan AMOLED 1240 x 2772 sebesar 6.74 inci yang dipadukan dengan kadar segar semula setinggi 144Hz.

Telefon ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 di atas papan utamanya yang mana masih boleh diterima dalam lingkungan flagship.

Realme GT3 didatangkan dengan beberapa kombinasi RAM dan storan seperti 8GB dan 128GB, 12GB dan 256GB, 16GB dan 256GB serta 16GB dan 1TB.

Ciri pengimejan telefon ini dikuasakan oleh tiga buah kamera belakang.

Kamera utamanya mempunyai sensor 50MP yang dibantu dengan kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Telefon ini juga mempunyai antara muka Realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

Realme GT3 turut menyokong teknologi Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan pemancar inframerah yang membolehkan peranti ini mengawal peralatan elektrik di rumah.

Baca Lagi:
Toyota Vios 2023 nampak mewah tapi harga mampu milik
Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai didenda RM30,000 sehari, ini puncanya
Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi
CATEGORIES