Tekup kekasih dengan bantal sampai mati sebab minta putuskan hubungan

Tekup kekasih dengan bantal sampai mati sebab minta putuskan hubungan

Tekup kekasih dengan bantal sampai mati sebab minta putuskan hubungan.

Seorang remaja lelaki diberkas dalam tempoh dua jam selepas membunuh kekasihnya dengan menekup muka menggunakan bantal dalam sebuah rumah di Kampung Pandan di sini, semalam.

Suspek berusia 19 tahun ditangkap kira-kira pukul 9.20 malam di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian dipercayai ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan rakan suspek.

Tekup kekasih dengan bantal sampai mati sebab minta putuskan hubungan

Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

Katanya, berdasarkan laporan itu suspek dikatakan telah menghubunginya menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 7.18 malam bagi meminta bantuan mengambilnya di lokasi tersebut.

“Ini berikutan suspek telah bertindak menekup muka seorang wanita tempatan berusia 24 tahun sehingga tidak sedarkan diri.

“Polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan tubuh badan tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Tambahnya, suspek kemudiannya diberkas sewaktu berusaha untuk melarikan diri di tepi jalan berdekatan tempat kejadian pembunuhan itu.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Jelas Hoong Fong, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Bekas pengarah SPRM mula buka mulut ketika siasat kes SRC, terima banyak ugutan dan tawaran habuan macam-macam

Najib mungkin selamat jika 2 saksi penting ini dapat ditangkap – Peguam

CATEGORIES