Tauke kedai emas di Terengganu rugi RM700,000, pekerja tipu berat emas pelanggan dan curi duit

Photo of author

By Joe

Tauke kedai emas di Terengganu rugi RM700,000, pekerja tipu berat emas pelanggan dan curi duit. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Begitulah nasib seorang pemilik kedai emas apabila menjadi mangsa pecah amanah pekerjanya sendiri di sebuah premis sekitar Kuala Terengganu, Terengganu.

Kejadian yang berlaku itu mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM700,000.

Tauke kedai emas di Terengganu rugi RM700,000, pekerja tipu berat emas pelanggan dan curi duit

Ia berikutan, seorang pelanggan telah datang ke kedai emasnya pada pukul 10 pagi, 2 Februari lalu untuk melebur dan menempah barang kemas.

Bagaimanapun, sehingga hari ini pelanggan terbabit masih belum menerima barangan yang ditempah itu dan terus membuat laporan polis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, susulan daripada insiden yang berlaku, pemilik premis berkenaan membuat semakan sebelum mendapati berlaku transaksi dibuat pekerjanya yang mengambil tempahan emas daripada pelanggan untuk dileburkan.

Tambah beliau, berdasarkan semakan terbabit, bayaran telah diterima daripada pelanggan namun ia tidak direkodkan pada buku daftar kedai tersebut.

Bukan itu sahaja, rekod berat emas yang diterima juga berbeza dengan berat sebenar secara berperingkat.

Baca Lagi:

“Jangan anggap orang kecil tak boleh lawan”- Lelaki India ‘K.O’ kena tibai dengan pekerja kedai runcit

Nampak macam hobi budak-budak, rupanya boleh jana pendapatan jutaan ringgit

Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki ‘kod’ dan maksud berbeza