Tasik Pedu kering-kontang hingga timbul semula perkampungan lama

Photo of author

By Joe

Tasik Pedu kering-kontang hingga timbul semula perkampungan lama. Cuaca panas yang berpanjangan telah menyebabkan Tasik Pedu di sini surut dengan ketara sehingga mula menampakkan kawasan perkampungan yang sebelum ini ditenggelamkan.

Seorang penduduk tempatan, Mohamad Abdullah, 45, berkata bahawa situasi setakat ini masih tidak kritikal berbanding tahun 2020 dan semasa fenomena El Nino pada tahun 2016.

Menurutnya, walau bagaimanapun, jika cuaca panas berterusan dan tidak hujan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, dia percaya paras air di tasik tersebut akan terus menurun.

Tasik Pedu kering-kontang hingga timbul semula perkampungan lama

“Saya terkejut juga sebab selalu penuh air dekat sini tapi sekarang surut banyak dan ada kawasan yang kering terus.
“Paras air di Tasik Pedu ini mungkin akan menjadi lebih teruk dalam dua tiga minggu lagi jika hujan tidak turun,” katanya semasa ditemui di Kampung Mong Gajah, dekat sini.

Tasik Pedu yang semakin surut telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitarnya mengering, sehingga membolehkan pengunjung yang menaiki kenderaan untuk melihat fenomena tersebut.

Seorang lagi pengunjung, Nadia Farhana Mohd Raznan, 37, berkata, dia datang ke empangan itu untuk melihat dengan lebih dekat keadaan empangan yang dikatakan sedang mengering.

Menurutnya, walaupun dia teruja dapat melihat sendiri keadaan Tasik Pedu yang surut, dia juga bimbang jika paras air terus mengering kerana ia pasti akan memberi kesan kepada penggunaan domestik dan pertanian.

“Selama 37 tahun hidup, ini adalah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini.

“Rasa teruja juga ada sebab sebelum ini, kita hanya melalui dan melihat Tasik Pedu dari jauh sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, penduduk juga berharap agar Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Pedu menggunakan pesawat milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) pada kira-kira jam 2 petang Isnin ini akan membuahkan hasil.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan OPA di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut untuk meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah, bagi tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Tasik Pedu kering-kontang hingga timbul semula perkampungan lama

Pada Ahad, media melaporkan bahawa taburan hujan yang rendah dijangka akan berterusan sehingga fasa peralihan monsun bermula, menyebabkan Malaysia menghadapi cuaca yang lebih panas dan kering sehingga pertengahan September.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, keadaan ini berlaku kerana negara sedang mengalami musim monsun barat daya sejak 17 Mei lalu.

Baca Lagi:
Sarawak kini jadi negeri paling kaya dalam Malaysia, jumpa lubuk emas bernilai RM1.25 trilion
“Perniagaan ayah tak menjadi dan bankrup, duit selalu tak cukup, akhirnya mak buka cerita sebenar ayah aku seorang merbahaya!”
Satu keluarga tanggung malu, sangka kedai makan rupanya berhenti makan dirumah orang