Tapak bagunan UPSI ada 100 lebih mayat manusia ditemui, ini kisahnya yang ramai tak tahu

Tapak bagunan UPSI ada 100 lebih mayat manusia ditemui, ini kisahnya yang ramai tak tahu

Tapak bagunan UPSI ada 100 lebih mayat manusia ditemui, ini kisahnya yang ramai tak tahu. Umum mengetahui Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) adalah antara universiti yang bertapak lama di negara kita.

Tahukah anda pada tahun lepas, telah genap 100 tahun sambutan penubuhan UPSI yang telah melalui empat jenis era.

Bertapak di Tanjung Malim, Perak, bangunan ini telah disiapkan pada tahun 1922 dan reka bentuk bangunannya pula mengambil unsur ala-gothic zaman pertengahan.

Tapak bagunan UPSI ada 100 lebih mayat manusia ditemui, ini kisahnya yang ramai tak tahu

Boleh bayangkan berapa lama universiti ini telah wujud dan pasti pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang kewujudannya.

Tular di laman sosial Tiktok, pengguna akaun Tiktok mendakwa pada tahun 1948 lebih 100 mayat dan tulang temulang ditemui di sebuah tapak.

@nisa_rinaa Kisah Seram UPSI, dan Sejarah Malaysia. Sumber ? Boleh tengok sejarah ni di papan hijau dalam video ini, Projek “Laluan Warisan Sejarah UPSI” yg disediakan oleh Muzium Pendidikan UPSI sebagai salah satu inisiatif utk memelihara dan memulihara sejarah UPSI. Patutlah tiap kali kelas sini, semua kelas perlu dikosongkan sebelum pukul 5 ptg. Balik dari Muzium pun demam terus hahaa #fypp #fyp #foryouu #foryoupage ♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina | Anak Perantau

Mendakwa tapak tersebut adalah lokasi hukuman pancung dan markas tentera Jepun, video yang ditularkan juga menceritakan keadaan maktab berkenaan selepas selesai Perang Dunia Kedua.

Mereka menemui ratusan mayat bergelimpangan serta tengkorak manusia yang tertanam di belakang padang kecil Muzium Pendidikan UPSI ini.

Namun ia telah digunapakai semula dan menjadi Laluan Warisan Sejarah UPSI untuk pembelajaran sejarah orang ramai.

“Pelajar nampak askar Jepun berkawad”

Video yang tular itu mendapat respon dari bekas pelajar yang menceritakan pengalaman seram ketika belajar di sana.

Walaupun begitu, tidak semua bersetuju akan dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun itu dan mengatakan tidak pernah bertemu entiti yang disebut walaupun melalui kawasan itu waktu lewat malam.

Baca Lagi:
Ahmad Terriruddin dilantik Peguam Negara baharu ganti Idrus Harun
Sarawak kemungkinan akan perkenal mata wang sendiri – Alexander Nanta Linggi
Upah gali kubur mahal, kalau boleh hari-hari nak orang mati supaya aku dapat gaji boleh beli lauk untuk meringankan beban keluarga
CATEGORIES