Tanda tanya pelancong China masuk Malaysia akhirnya terjawab

Tanda tanya pelancong China masuk Malaysia akhirnya terjawab

Tanda tanya pelancong China masuk Malaysia akhirnya terjawab. Tanda tanya adakah Malaysia akan menghalang kemasukan pelancong China susulan gelombang baharu akhirnya terjawab selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet, pada Rabu.

Anwar menjelaskan bahawa kerajaan tidak mahu mendiskriminasikan mana-mana negara luar termasuk China.

Sebaliknya, katanya, kerajaan akan memperketatkan kawalan sedia ada seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

Tanda tanya pelancong China masuk Malaysia akhirnya terjawab

Selain itu, Anwar turut memaklumkan, pada tahun lalu, jumlah pelawat dari China adalah seramai 336,000 orang dan majoritinya ialah pelancong dan pada Disember lalu, jumlah pelawat dari negara itu adalah seramai 53,000 orang.

“Ia tidak memberi kesan seperti mana yang digembar-gemburkan dan kita tidak melihat jangkitan Covid-19 yang mengaitkan mana-mana negara,” katanya dalam sidang media, pada Rabu.

Bagaimanapun, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mengenakan syarat ketat dengan hanya pengembara China yang mendapat vaksin sepenuhnya bersama keputusan ujian RT-PCR negatif dibenarkan masuk ke Malaysia.

Tambahnya, ujian ketat bukan sahaja tertakluk kepada warga China tetapi pelancong dari negara lain yang turut mengalami peningkatan dalam kes Covid-19.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) pula mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pekerja industri penerbangan, khususnya kru kabin dan mereka yang bekerja di lapangan terbang.

Selepas pengumuman daripada Anwar itu, ramai menantikan perincian prosedur operasi standard (SOP) daripada kerajaan dalam usaha memastikan negara tidak mengulangi kesilapan sebelum ini, lonjakan kes jangkitan Covid-19 susulan tidak menyekat kemasukan pelancong China.

Baca Juga :
Ambil masa berminggu-minggu buat risikan, Warga Rusia dedah pengalaman ceroboh masuk Menara Merdeka 188
Lama tak muncul di kaca tv, netizen terkejut tengok keadaan terkini bekas wartawan ‘terjah’ Nas Ahmad
Bakal mengadap TYT dalam masa terdekat, Shafie Apdal umum ada sokongan ADUN BN, WARISAN dan KDM
Langkah London bentuk pakatan baru?, pintu sentiasa terbuka – Hamzah
CATEGORIES