Tanda-tanda ‘wiper’ kereta anda sudah rosak dan perlu ditukar

Photo of author

By Joe

Tanda-tanda ‘wiper’ kereta anda sudah rosak dan perlu ditukar. Kesihatan pengelap cermin depan atau wiper adalah penting untuk memastikan keselamatan semasa memandu. Wiper berfungsi membersihkan cermin depan daripada kotoran, debu, air hujan, dan menghilangkan kabus.

Wiper yang rosak harus digantikan dengan segera untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Penggunaan wiper yang buruk boleh mengganggu penglihatan pemandu dan meningkatkan risiko kecederaan kepada pengguna jalan lain.

Oleh itu, pemandu bertanggungjawab untuk memeriksa keadaan wiper secara berkala bagi memastikan keadaan wiper sentiasa dalam keadaan baik.

Tanda-tanda 'wiper' kereta anda sudah rosak dan perlu ditukar

Jadi, apakah petanda-petanda yang perlu diperhatikan oleh pemandu untuk memastikan sudah tiba masanya wiper kereta perlu diganti?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, mari kita lihat perkongsian dari bengkel kereta Altimat Auto Garage di bawah.

Petanda-petanda wiper rosak

Dalam video yang dikongsi, terdapat empat petanda-petanda bahawa wiper anda rosak.

Berlaku skipping

Petanda rosak ini dapat dilihat apabila wiper dihidupkan, proses mengelap tidak berjalan lancar dan berlaku gegaran atau skipping pada wiper.

Berlaku splitting

Jangan remehkan kesan seretan jika getah wiper anda terbelah atau mengalami splitting, yang menunjukkan wiper kereta rosak dan perlu diganti.

Kesan seretan ini boleh menyebabkan pandangan kabur semasa memandu, terutamanya dalam cuaca hujan lebat.

Berlaku streaking

Streaking atau kesan coretan air tertinggal apabila getah wiper yang mengeras adalah tanda wiper kereta telah rosak dan tidak lagi berkesan untuk mengelap keseluruhan air.

Berlaku squeaking

Tanda paling ketara wiper rosak apabila keluar bunyi berkeriut atau squeaking. Keadaan ini menandakan getah telah haus dan berkemungkinan tidak menyentuh cermin kereta sepenuhnya.

Namun, kadang-kala keadaan ini turut berlaku jika terdapat terlalu banyak habuk dan debu yang terkumpul di wiper.

“Empat tanda ini penting untuk anda sebenarnya sebab nak jaga cermin anda ini,” pesan Altimat Auto Garage.

Semoga bermanfaat!

@altimatautogarage Tanda-tanda wiper kereta korang dah rosak dan perlu ditukar! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretakuang #bengkelsungaibuloh #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Baca Lagi:
Wanita cantik paling ‘rare’, balik Kelantan naik motosikal seorang diri
“Ayah halau abang aku sebab dah 15 tahun tak kerja, rupanya abang aku ada penyakit malu nak interview kerja..”
Tiada siaran langsung percuma untuk aksi Euro 2024, ini sebabnya