Tanam jenazah jauh dari kubur lain, ini respon UAI

Photo of author

By Joe

Tanam jenazah jauh dari kubur lain, ini respon UAI. Tular baru-baru ini, tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor untuk menjarakkan kubur suspek serangan di balai polis Ulu Tiram telah menjadi bualan ramai.

Tindakan tersebut diambil sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat atau melakukan perkara yang dilakukan oleh suspek. Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lepas, dua anggota polis berusia 22 dan 24 tahun serta suspek berusia 21 tahun telah meninggal dunia manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera parah.

Perkara ini telah mendapat perhatian ramai dan membangkitkan pelbagai reaksi selepas pengetahuan umum tentangnya. Terdapat juga yang tertanya-tanya adakah tindakan tersebut dibenarkan.

Tanam jenazah jauh dari kubur lain, ini respon UAI

Namun, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menjelaskan perkara tersebut dalam kenyataannya.

Ustaz Azhar Idrus memberikan respons yang sama, tidak menghairankan untuk dilakukan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, UAI menjelaskan fatwa mengenai menjarakkan kubur orang yang meninggal dunia kerana membunuh diri sudah lama wujud dalam kitab-kitab fikah.

Malahan, tindakan menjarakkan jenazah daripada kubur yang lain sebenarnya bukanlah perkara yang aneh.

“Jika sudah mempelajari agama, semua perkara ini tidak aneh. Saya sendiri tidak merasa aneh. Semuanya bergantung kepada ijtihad.

“Kita perlu melihat tujuan ijtihad, apa yang ingin dicapainya. Jika terdapat manfaat dalam fatwa tersebut, maka fatwa itu adalah sah.

“Mengapa? Ini adalah supaya orang yang masih hidup dapat merenung dan tidak akan melakukan perkara yang sama,” katanya.

@nfieyra Tanam jenazah jauh pada orang lain #ustazazharidrus #ustazazharidrus💯 #ceramah #ceramahagama ♬ bunyi asal – nfieyra|ceramah harian

Kita ini yang perlu lebih banyak membaca sebelum membuat sebarang andaian 😉

Baca Lagi:
Setiap hari jiran aku gaduh laki bini, suatu hari laki dia lari rumah, aku ajak bini dia tinggal dengan aku
Lelaki dedah kawan kena sihir semasa bercuti di Indonesia, balik Malaysia terkejut isteri dah kahwin lain
Drebar lori cemas sekawan gajah kepung lori, tak sangka lepas baca doa Nabi Sulaiman gajah terus lari