Taman tema air Bertam tak sampai sebulan beroperasi dah diarah tutup

Taman tema air Bertam tak sampai sebulan beroperasi dah diarah tutup

Taman tema air Bertam tak sampai sebulan beroperasi dah diarah tutup. Taman tema air di Bertam, di sini yang baharu sahaja dibuka kepada orang awam pertengahan bulan ini diarah tutup kerana didapati beroperasi tanpa lesen.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melalui satu notis hari ini.

Jurucakap MBSP dalam satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan ke atas taman tema air itu mula dijalankan oleh Jabatan Pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan pada 16 Disember lalu.

Taman tema air Bertam tak sampai sebulan beroperasi dah diarah tutup

“Semakan mendapati premis itu melakukan kesalahan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MBSP.
“Jadi, kompaun dikeluarkan dan satu notis mengkehendaki perniagaan dihentikan juga dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari kepada pemilik dan diterima oleh wakil pemilik.
“Enam hari kemudian, satu lagi pemeriksaan dijalankan dan hasil semakan mendapati premis beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air yang mana satu notis kesalahan bagi menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998 telah dikeluarkan bagi tempoh tiga hari kepada pemilik,” katanya.

Katanya, pemilik bagaimanapun berterusan menjalankan aktiviti hiburan taman tema air melalui pemeriksaan yang dijalankan jam 4.30 petang semalam dan menyebabkan tindakan penutupan sekali lagi diambil pada jam 9.40 pagi hari ini.

Terdahulu, tular beberapa video dan notis penutupan taman tema air berkenaan yang dimuat naik di beberapa platform media sosial.

Rata-rata pengunjung yang hadir untuk membawa keluarga menghabiskan masa cuti sekolah didapati kecewa selepas terpaksa pulang berikutan penutupan berkenaan.

Namun begitu, terdapat juga warganet yang menyokong tindakan PBT berbuat demikian berikutan atas faktor keselamatan pengunjung sendiri sekiranya berlaku perkara tidak diingini, apatah lagi membabitkan premis yang beroperasi tanpa lesen.

Baca Lagi:
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
Minta pertolongan ‘dewa’, wanita dari Perak menang jakpot toto RM20.75 juta
Lembaga Zakat terkejut makcik tinggal dirumah usang, tapi ada set bernilai RM1.7juta
CATEGORIES