Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah haji Malaysia!

Photo of author

By Joe

Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah haji Malaysia!. Seorang peniaga yang dipercayai berbangsa Türkiye mendedahkan bahawa jemaah haji dari Malaysia adalah yang paling dihormati, bahkan badan mereka tidak berbau seperti jemaah haji dari negara lain.

Melalui satu klip video daripada pemilik akaun Saiful Nang, ketika orang Malaysia membeli-belah di kedai peniaga tersebut, mereka memaklumkan bahawa mereka berasal dari Malaysia sebelum peniaga itu mengucapkan ‘masya-Allah’.

“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.

Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah haji Malaysia!

“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye.

“Saya mempunyai ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami (Türkiye) seperti dari Jordan dan Lubnan. Mereka akan mengatakan Muslim kami lebih baik daripada mereka.

“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia, termasuk juga Indonesia, lebih baik daripada kami,” jelas lelaki tersebut.

@rarecation Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah Haji Malaysia! #travel #turki #raretv #rarecation ♬ original sound – Rarecation

Baca Lagi:
Dipertikai guna 5 bodyguard ke mahkamah, ini respons pihak pengurusan Fazura
Guru sekolah milik GISBH rotan 3 budak di penjara 10 tahun
Wanita berdiri tegak di tengah jalanraya kerana hormat lagu kebangsaan curi perhatian ramai