Tak sangka bila ubah setting pada aircond, bil elektrik turun mendadak, ini caranya

Photo of author

By Joe

Tak sangka bila ubah setting pada aircond, bil elektrik turun mendadak, ini caranya. Penyaman udara adalah salah satu peranti di rumah yang menggunakan banyak tenaga elektrik.

Sebelum ini, telah dikongsi tip penjimatan tenaga iaitu dengan menetapkan penyaman udara pada suhu ideal antara 23 hingga 24 darjah Celsius.

Kini, melalui satu hantaran di laman TikTok oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @sipeanutshahalam11, terdapat petua baru untuk menjimatkan tenaga apabila menggunakan penyaman udara.

Tak sangka bila ubah setting pada aircond, bil elektrik turun mendadak, ini caranya

“Bil bulanan saya pada mulanya RM96.95, tetapi selepas menggunakan teknik ini untuk aircond, bil elektrik saya turun kepada RM43.70. Hampir ada beza RM50, agak banyak juga.
“Untuk pengetahuan, rumah saya mempunyai dua unit penyaman udara, satu di ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu menukar satu tetapan pada remote control penyaman udara,” jelasnya.

Ayuh kita lihat!

Dry mode

Menurut pemuda tersebut, penyaman udara di rumahnya diatur pada mod kering.

“Penyaman udara ada dua tetapan, iaitu mod sejuk (cool mode) dan mod kering (dry mode). Biasanya di Malaysia, orang suka menggunakan mod sejuk supaya bilik terasa sejuk, tetapi ini akan mengambil banyak tenaga elektrik.

“Oleh itu, saya memilih untuk menukar kepada mod kering. Apabila menggunakan mod kering, penyaman udara akan menjaga agar bilik cukup selesa untuk duduk tanpa perubahan suhu yang ketara,” jelasnya.

Tak sangka bila ubah setting pada aircond, bil elektrik turun mendadak, ini caranya

Maka kompresor penyaman udara tidak perlu berkerja keras. Kelembapan di dalam bilik akan dikeluarkan oleh aircond supaya persekitaran tidak terasa lembap. Saya lebih suka begini, hidung tidak berasa sumbat.

“Tapi jika anda masih mahu menggunakan mod sejuk pun tiada masalah. Hanya pastikan suhu tidak terlalu rendah, kerana ini boleh meningkatkan bil elektrik,” jelasnya.

Maklum balas netizen

“Cara ini memang boleh membantu untuk mengurangkan bil elektrik tetapi perlu diingatkan bahawa bilik kita akan terasa lebih panas. Ini kerana aircond hanya mengeluarkan kelembapan dan tidak menyejukkan ruangan terlalu banyak.

“Tetapi jika anda fokus pada penjimatan, anda boleh teruskan menggunakan tip ini,” kata sebahagian warga internet.

Baca Lagi:
Usahawan tudung bawal terkejut dapat hadiah BMW bernilai RM1.6 juta dan tasbih emas 916 bernilai RM30,000
Wanita hilang di Tanjung Malim ditemui mati dibunuh
“Doa aku dimakbulkan”- Lelaki menyesal pernah doa untuk isteri supaya nyawa ditarik sebab suka membebel dan menyakitkan hati