Tak sangka Agong hafal lagu Ameng Spring, siap buka ‘flashlight’ layan lagu

Tak sangka Agong hafal lagu Ameng Spring, siap buka ‘flashlight’ layan lagu

Tak sangka Agong hafal lagu Ameng Spring, siap buka ‘flashlight’ layan lagu. Umum mengetahui, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memiliki sifat merendah diri yang boleh dilihat ketika turun mencemar duli untuk menyantuni rakyat, tidak kira semasa bencana atau ziarah-menziarahi.

Pun begitu, masyarakat tidak pernah disuapkan dengan sisi lain YDPA seperti melihat Seri Paduka Baginda menikmati konsert menyanyi bersama orang awam ketika artis membuat persembahan.

Walau bagaimanapun, perkara itu dapat dilihat ketika Seri Paduka Baginda turun mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 baru-baru ini, yang merupakan acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Pahang.

Tak sangka Agong hafal lagu Ameng Spring, siap buka 'flashlight' layan lagu

Menerusi satu rakaman klip yang dikongsi oleh @pahangpostnow di Tiktok, ia memaparkan Agong sedang menyanyi lagu artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas.

Agong hafal lagu nyanyian Ameng Spring

Dalam video berdurasi 24 saat itu, Agong dilihat sempoi menikmati lagu sambil memasang lampu suluh di telefon bimbit, tanda memberi sokongan kepada penyanyi tersebut.

Seri Paduka Baginda bersama-sama penyanyi menyanyikan lagu Butakah Cinta nyanyian Ameng Spring yang merupakan selebriti yang hadir pada pesta itu.

Yang paling mengejutkan warga maya apabila Seri Paduka Baginda bersama-sama menyanyikan lagu tersebut menunjukkan lagu itu dihafal olehnya.

Sambil mengayunkan tangan ke atas, Seri Paduka Baginda berdiri ketika Ameng menyanyikan lagu yang terkenal pada zaman dahulu.

Seri Paduka Baginda kemungkinan menyanyikan lagu itu secara perlahan tetapi mulutnya seiring dengan nyanyian Ameng.

Menerusi klip lain, Seri Paduka Baginda juga sempat menyanyikan lagu Aizat Amdan, yang bertajuk Hanya Kau Yang Mampu apabila penyanyi tersebut menghulurkan mikrofon kepadanya.

Seri Paduka Baginda menyanyikan sedikit bahagian korus sebelum Aizat menyambung lirik yang seterusnya.

Turut hafal lagu Cakra Khan

Sebelum ini, dalam rakaman lain, Seri Paduka Baginda juga bersama-sama menyanyikan lagu Kekasih Bayangan, nyanyian Cakra Khan.

Ketika Cakra Khan membuat persembahan di hadapannya, Seri Paduka Baginda juga bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

@pahangpostnow Cakra Khan @Kuantan 188 #pestakuantan188 ♬ original sound – Pahang Post

Walaupun lagu itu adalah dari negara jiran, namun Seri Paduka Baginda telah menghafal lagu tersebut.

Reaksi warga maya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya terpana melihat tindakan Seri Paduka Baginda kerana tidak menyangka lagu-lagu nyanyian artis dihafal olehnya.

“Agong dan Permaisuri memang sporting. Patik dari belakang bagi lampu suluh juga,” komen warga maya.

“Seri Paduka Baginda pun hafal ya, sama seperti saya,” ujar netizen.

“Agong ni memang jiwa rakyat,” kata warga maya lagi.

@pahangpostnow Replying to @Dendenizati ♬ original sound – Pahang Post

Baca Lagi:
Wanita cadang anak pakai alat perancang kehamilan agar tidak lahir anak luar nikah
Syarikat ‘tunggang agama’ tawar urus kucing mati ikut cara Islam, ‘siap kafan dan doa sekali’
Ceramah adik Sanusi sokong PH dibatalkan sejam sebelum program berlangsung
CATEGORIES