Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak

Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak

Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak. Belum Sebulan Terpacak, Bendera Sarawak Pada Tiang RM30 Juta Terkoyak Jadi Bualan Netizen. Sebuah lagi ikon kebanggaan bumi kenyalang, tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter kembali lagi menjadi bualan netizen hari ini.

Menariknya, tiang bendera ini dikatakan mengatasi ketinggian tiang bendera Malaysia yang terletak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Projek itu dianggarkan menelan kos sebanyak RM30 juta, yang telah mendapat beberapa persoalan daripada orang ramai.

Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak

‘Flag pole’ ikonik tersebut yang baru sahaja didirikan bersebelahan bangunan Fort Margerita itu menjadi tarikan pelancong terbaru di Kuching.

Namun, baru-baru ini tular pula satu video yang dikongsikan oleh netizen di Facebook apabila bendera Sarawak yang diletakkan di tiang itu dilihat ‘terkoyak’ dan hampir-hampir terlepas dari ikatan tali pada tiang tersebut.

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah pun dilontarkan oleh netizen.

Antaranya, ada yang ‘berjenaka’ kemungkinan bendera tersebut dibeli di kedai-kedai yang menjual barangan bajet.

Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak

Tambah netizen, sebaiknya bendera tersebut hendaklah menggunakan kain bendera yang berkualiti tinggi bagi menjaga nama dan identiti tiang bendera tersebut.

Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak

Namun, satu lagi perkongsian di ruangan komen menyatakan bendera tersebut telah pun ditukar kepada bendera yang lebih baru oleh pihak bertanggungjawab.

Tak sampai sebulan terpacak, tiang bendera Sarawak bernilai RM30 juta terkoyak

Untuk info, bendera ini akan ditukar setiap bulan bagi menjaga imej ikonik tiang bendera itu sebagai tarikan pelancong ke Kuching.

Baca Lagi:
“Ayah selalu kutip barang terpakai, sekali anak berkawan dengan basikal berhantu yang ayah kutip, basikal bergerak sendiri tanpa dikayuh”
Betul ke kita tak boleh sedekah AL-Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia?
Tukang gunting kemurungan selepas duit simpanan 4 tahun RM60,000 bertaburan atas jalan, punca terlupa letak atas but kereta
CATEGORIES