Tak rasa ada angin tapi daun bergoyang, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Tak rasa ada angin tapi daun bergoyang, ini sebabnya yang ramai tak tahu. Hutan adalah salah satu kawasan semula jadi yang paling indah di dunia dan menjadi tempat tinggal bagi ribuan spesies tumbuhan dan haiwan.

Pada masa yang sama, hutan juga menyimpan ribuan misteri yang kadang-kadang tidak dapat diterangkan secara logik. Di hutan, sering terjadi fenomena-fenomena unik yang menawarkan penjelasan yang menarik.

Contohnya adalah fenomena ‘misteri’ daun pokok yang bergerak atau bergoyang sendiri walaupun tidak kelihatan ada angin kuat di kawasan tersebut.

Tak rasa ada angin tapi daun bergoyang, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Jika anda menjadi saksi kepada situasi ini, pastinya anda juga akan tertanya-tanya dengan apa yang sedang anda lihat, bukan?

Bagaimanapun, dengan arus moden, pelbagai rahsia, fakta, dan peristiwa alam berjaya dibongkar satu per satu melalui kajian saintifik yang dijalankan.

Influencer memberi penjelasan mengenai daun bergoyang sendiri walaupun tiada angin

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @p.sharon.j, yang aktif berkongsi ilmu dan pengalaman tentang hutan belantara, memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut @p.sharon.j, daun tunggal yang kelihatan bergoyang sebenarnya bukan bergerak sendiri.

Sebaliknya, daun tersebut bergerak kerana didorong oleh tiupan angin yang sangat lemah, yang tidak dirasai oleh manusia atau mempengaruhi daun-daun yang lain.

Oleh itu, ramai yang salah faham bahawa daun tunggal itu bergoyang tanpa sebab angin.

“Daun panjang di lereng sering bergoyang”

Bagi membuktikan fenomena ini, @p.sharon.j menggunakan pemetik api untuk menunjukkan arah angin berdekatan dengan daun yang bergoyang.

Dengan menutup angin menggunakan tangannya, wanita tersebut menghentikan gerakan daun tersebut dengan serta-merta. Namun, begitu tangannya dilarikan, daun tersebut kembali bergerak.

Tambah @p.sharon.j lagi, kebanyakan daun yang bergoyang mempunyai bentuk yang panjang dan tumbuh secara renggang.

Biasanya, daun-daun ini mempunyai bentuk dan tumbuh pada sudut yang sesuai untuk terjebak dalam tiupan angin yang lemah.

Jangan panik atau berasa takut jika melihat daun bergoyang

@p.sharon.j juga menasihati orang ramai supaya tidak panik atau takut jika melihat daun yang bergoyang, walaupun tidak ada rasa angin.

“Jangan takut, jangan panik, dan jangan terlalu banyak berfikir terutamanya di dalam hutan, kerana jika terlalu takut, boleh menyebabkan hilang kawalan. Dan apabila hilang kawalan, banyak perkara yang buruk boleh berlaku selepas itu,” katanya.

Kajian telah dilakukan oleh penyelidik untuk menjelaskan fenomena ini

Pada tahun 2001, kumpulan penyelidik dari American Journal of Botany terlibat dalam kajian untuk memahami misteri ini.

Dalam kajian mereka, penyelidik mendapati bahawa daun yang bergerak sebenarnya disebabkan oleh tiupan angin lemah yang tidak dapat dirasai manusia, tetapi mampu meningkatkan gerakan sesetengah daun.

Daun tunggal yang bergerak ini biasanya terletak pada bahagian yang unik atau mempunyai bentuk yang membenarkan mereka terperangkap dalam tiupan angin yang sangat lemah, seperti nafas manusia.

Angin lemah tersebut kemudian mendorong daun ke arah tertentu, sebelum daun itu kembali ke kedudukan semula, menghasilkan gerakan bergoyang yang dilihat.

Pergerakan daun ini kemudian dikuasai oleh momentum yang terhasil. Tiupan angin lemah yang tidak disedari manusia ini pada hakikatnya bergerak pada frekuensi resonan batang daun tersebut.

@p.sharon.j Replying to @nirwan #hutantalk #rasariareserve #sabah ♬ original sound – Karabaw Monster

Baca Lagi:
Anak kena kad merah, bapa mengamuk bawa batang besi nak pukul pengadil
Baru bebas 5 minit, lelaki ditangkap semula dengan polis
Tok bilal selamba naik RXZ harga RM600