Tak pernah fikir soal jodoh walaupun usia dah cecah 50 tahun, ini sebab kenapa Azhan Rani belum sedia nak kahwin

Tak pernah fikir soal jodoh walaupun usia dah cecah 50 tahun, ini sebab kenapa Azhan Rani belum sedia nak kahwin

Tak pernah fikir soal jodoh walaupun usia dah cecah 50 tahun, ini sebab kenapa Azhan Rani belum sedia nak kahwin. Pelakon berbakat besar, Azhan Rani berkata dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun.

Memetik Sinar Harian, Azhan berkata fokus utamanya kini hanya untuk menjaga ibunya yang sedang uzur serta kerjaya lakonannya. Menurutnya, dia juga mempunyai banyak waktu untuk menjaga ibunya berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.

Tak pernah fikir soal jodoh walaupun usia dah cecah 50 tahun, ini sebab kenapa Azhan Rani belum sedia nak kahwin

“Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur.
“Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga. Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun itu berkata dia tidak kisah apabila sering ditanyakan mengenai soal jodoh. Malah, hidupnya tidak sunyi kerana mempunyai ibu serta kucing yang menemaninya.

“Saya meraikan sahaja pertanyaan mereka kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya. Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya,” katanya.

Azhan turut mendedahkan dia ada menerima mesej daripada wanita-wanita yang mahu berkenalan dengannya, malah ada yang mengajak untuk berkahwin.

“Kalau saya bagitahu, bunyinya macam angkuh pula nanti. Memang ada juga yang hantar mesej di sosial media ajak berkenalan.
“Tapi ketika ini, saya takut juga sebab ada yang terus ajak berkahwin padahal saya tak kenal pun. Fasal duit pun saya pernah kena tipu, inikan pula hal kahwin.
“Nanti bila berjumpa, gambar di media sosial lain, bila secara berhadapan lain pula. Saya pun tak tahu niatnya serius atau tidak,” katanya
Baca Lagi:
Hidup terlalu sunyi, lelaki sanggup berdiri depan penjara merayu ingin dipenjarakan
Peguam kerjaya terhormat, mulia dan baik, ini peranan sebenar mereka di mahkamah yang ramai tak tahu
“Lepas kahwin isteri seolah macam orang bisu, siap benarkan aku kahwin satu lagi, sekali aku terjumpa 1 surat dalam kotak buat aku menangis meraung bila dapat tahu hal sebenar”
CATEGORIES