Tak pernah dibuat orang, lelaki hiking bawa bayi 5 bulan

Tak pernah dibuat orang, lelaki hiking bawa bayi 5 bulan

Tak pernah dibuat orang, lelaki hiking bawa bayi 5 bulan. Tindakan seorang lelaki melakukan aktiviti pendakian sambil membawa bayi berusia lima bulan mengundang pelbagai pandangan selain diberi gelaran hebat.

Menerusi perkongsian satu klip video di media sosial syareelimazali, memaparkan momen pertemuannya dengan lelaki terbabit di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, lelaki itu yang dikenali sebagai Furqan membawa anaknya hiking bersama berikutan tiada siapa yang boleh menjaganya.

Tak pernah dibuat orang, lelaki hiking bawa bayi 5 bulan

“Ini memang rare, bukan setakat bawa budak kecil, bayi pun dibawa panjat,” seloroh syareelimazali.

Sementara itu, Furqan menjelaskan, anaknya itu lebih gemar berada di bukit dan jarang menangis berbanding di rumah.

“Dia kalau duduk rumah selalu menangis. Kalau bawa panjat bukit atau panjat gunung dia tak nangis.

“Sebelum ini pun pernah bawa ke Bukit Broga dan mungkin selepas ini nak bawa pergi Gunung Datuk atau Gunung Angsi pula,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pandangan serta menyifatkan bayi itu terlalu kecil untuk dibawa.

“Kalau abang tu berani bawa, percayalah dia bukan biasa-biasa dan tidak ‘kosong’,” kata dino.

“Kita boleh nak jadi handal, tetapi kena fikir soal keselamatan bayi dan diri kita. Takut balik nanti kena tegur ke atau gigit serangga,” ujar Rozi.

“Allah itu ada, niat pergi senamam tiada masalah, doa sentiasa dilindungi,” jelas norhanim.

@syareelizamali Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp ♬ original sound – SIA

Baca Lagi:
Rakyat Malaysia ditembak di Betong
Rupanya banyak duit rakyat Malaysia tak dituntut, ini cara dapatkan semula duit tak dituntut
Bekas pegawai tinggi polis dihukum mati
CATEGORIES