‘Tak pernah dibuat mana-mana PM sebelum ni’, video Anwar arah anggota pengiring pergi cepat raih perhatian warganet

‘Tak pernah dibuat mana-mana PM sebelum ni’, video Anwar arah anggota pengiring pergi cepat raih perhatian warganet

‘Tak pernah dibuat mana-mana PM sebelum ni’, video Anwar arah anggota pengiring pergi cepat raih perhatian warganet. Keprihatinan Perdana Menteri terhadap anggota polis yang berjemur di bawah terik matahari ketika bertugas mendapat pujian orang ramai.

Melalui sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsi di Twitter memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seorang anggota polis segera beredar dari landasan helikopter kerana cuaca panas.

Kejadian itu dipercayai dirakam ketika Perdana Menteri mahu berangkat pulang selepas menghadiri sebuah majlis di Melaka menaiki helikopter baru-baru ini.

'Tak pernah dibuat mana-mana PM sebelum ni', video Anwar arah anggota pengiring pergi cepat raih perhatian warganet

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji sikap prihatin Perdana Menteri berikutan cuaca begitu panas ketika ini.

“Adab dia dan cara dia melayani orang sangat baik. Allah panjangkan umur pemimpin begini amin,” kata Kamyl.
“Betul, cuaca panas sangat,” kata Ummu.
“Musim panas teruk sekarang ini. PM pun tak sampai hati nak lihat polis itu berjemur lama-lama,” kata Ieka.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 100,000 kali.

Baca Lagi:
Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram
Lelaki rogol budak 13 tahun hingga lahirkan bayi
Perkahwinan tidak direstui keluarga, isteri kerat kemaluan suami sedang tidur
CATEGORIES