Tak perlu ujian ulangan selepas habis kuarantin – Dr Noor Hisham

Tak perlu ujian ulangan selepas habis kuarantin – Dr Noor Hisham

Tak perlu ujian ulangan selepas habis kuarantin – Dr Noor Hisham. Individu yang positif Covid-19 tidak perlu membuat ujian ulangan bagi memastikan tiada lagi virus berkenaan di dalam badan, selepas selesai menjalani kuarantin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan bahawa ujian tidak perlu diulang selepas individu yang positif Covid-19 selesai menjalani kuarantin.

“Ini kerana ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua kepada tiga bulan lamanya setelah dijangkiti, misalnya dalam tempoh viral shedding.

Tak perlu ujian ulangan selepas habis kuarantin - Dr Noor Hisham

“Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan,” kata Dr Noor Hisham.

Tambahnya, seseorang itu boleh dijangkiti jika mereka berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin.

“Covid-19 boleh tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat. Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung, atau mulut seseorang.

“Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan perkembangan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, di mana sebanyak 33,406 kes baharu dicatatkan setakat 5 Mac.

Dalam jumlah itu, 226 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Baca lagi:

‘Kantoi’ buang sampah ikut tingkap, pemandu Myvi dikecam

Padah cekik isteri, zakar suami kena tikam dengan lembing

Viral : Goreng ikan sekali ‘package’ cicak goreng

CATEGORIES