Tak perlu lagi ‘thumbprint’, ini cara mudah tukar nama kenderaan secara ‘online’ guna IC je

Tak perlu lagi ‘thumbprint’, ini cara mudah tukar nama kenderaan secara ‘online’ guna IC je

Tak perlu lagi ‘thumbprint’, ini cara mudah tukar nama kenderaan secara ‘online’ guna IC je. Setiap urusan yang melibatkan penukaran nama kenderaan di Malaysia perlu dilakukan secara berperingkat mengikut langkah yang ditetapkan. Namun, masih ramai lagi yang memandang remeh tentang hal ini kerana masing-masing berfikiran bahawa proses tersebut adalah leceh dan membebankan.

Pun begitu, setiap individu yang ingin menukar nama kenderaan mereka haruslah menyelesaikannya dengan segera supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebagai contoh, jika kereta anda digunakan atas tujuan jenayah, pasti anda yang perlu bertanggungjawab terhadap kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, proses penukaran nama kenderaan kini tidak lagi serumit proses lama yang memerlukan anda untuk berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sahaja.

Tak perlu lagi 'thumbprint', ini cara mudah tukar nama kenderaan secara 'online' guna IC je

Mengikut perkembangan teknologi yang semakin canggih, proses tersebut sudah boleh dilakukan secara dalam talian.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pemuda yang dikenali sebagai Akhi Akmal telah berkongsikan satu langkah mudah mengenai penukaran nama kenderaan tanpa perlu menggunakan biometrik cap jari (thumbprint) di laman Youtube miliknya.

Dalam video berkenaan, dia telah menjelaskan bahawa proses yang boleh dilakukan secara dalam talian itu tidak memerlukan cap jari malah hanya memerlukan nombor kad pengenalan sahaja.

Hanya masukkan nombor kad pengenalan

Sekiranya seseorang mahu menjual kenderaan miliknya, mereka hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan pembeli sahaja, malah cap jari juga tidak diperlukan dalam proses tersebut.

Menurutnya, sekiranya proses tersebut dilakukan di kaunter JPJ, pembeli mahupun penjual akan diminta untuk meletakkan cap ibu jari masing-masing ke dalam sistem biometrik yang disediakan.

Namun, berbeza pula sekiranya proses itu dilakukan secara dalam talian.

Penjual kenderaan yang ingin melakukan proses secara dalam talian hanya perlu meletakkan nombor kad pengenalan dan emel sahaja.

Bagaimanapun, dia berkata bahawa penggunaan emel bukanlah perkara yang diwajibkan dalam melengkapkan proses tersebut.

Begitu juga dengan penggunaan pasport, ia tidak memerlukan cap ibu jari penjual mahupun pembeli kenderaan tersebut.

Jelasnya lagi, pembeli kenderaan yang ingin melakukan proses tersebut secara dalam talian hanya perlu menerima dan membayar amaun yang diperlukan.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa penggunaan biometrik cap jari itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja sewaktu kali pertama mendaftar ID pengguna.

Selain itu, soalan lain turut diajukan kepadanya mengenai ketiadaan butang untuk menukar hak milik kenderaan di laman web JPJ.

Perlu naik taraf ID Standard kepada ID Advance

Menurutnya, pengguna yang memiliki ID Standard perlu menukar ID tersebut kepada ID Advance terlebih dahulu sekiranya ingin melakukan urusan penukaran nama. Maka, pengguna perlu hadir ke mana-mana kaunter JPJ serta memberikan cap ibu jari mereka untuk mendapatkan ID Advance tersebut.

Sewaktu tiba di kaunter JPJ, pengguna perlu mendapatkan nombor rujukan terlebih dahulu selain membawa kad pengenalan serta emel yang diminta. Pengguna juga tidak perlu mengisi apa-apa borang dalam proses tersebut.

Dalam pada itu, dia menasihatkan supaya para pemilik kenderaan yang kerap melakukan proses jual beli kenderaan supaya melakukan proses tersebut secara dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan masa tanpa perlu beratur panjang di kaunter JPJ.

Baca Lagi:

Haqiem Stopa didakwa simpan gambar, video lucah bekas kekaksih dalam dua telefon bimbit

Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah

Ini cara betul simpan telur, yang penting jangan letak dalam peti sejuk

CATEGORIES