Tak perlu bazir duit beli pewangi, ini cara mudah guna 4 bahan ni wangi semerbak satu rumah

Photo of author

By Joe

Tak perlu bazir duit beli pewangi, ini cara mudah guna 4 bahan ni wangi semerbak satu rumah. Kadang-kadang tak semua barang perlu dibeli di kedai kerana kebanyakan perkakas rumah atau perhiasan boleh dibuat sendiri atau do it yourself (DIY) sekiranya mempunyai bahan yang mencukupi.

Lebih-lebih lagi sekiranya barang tersebut menggunakan bahan yang mudah seperti pewangi rumah, rak kasut dan kerusi yang diperbuat daripada kayu dan bermacam lagi.

Sebenarnya tidak perlu untuk keluarkan duit yang banyak sekiranya tahu cara yang betul untuk memastikan rumah berada dalam keadaan tersusun dan kemas, kerana pada zaman berteknologi tinggi ini, apa yang kita perlu buat ialah cari di platform yang betul.

Tak perlu bazir duit beli pewangi, ini cara mudah guna 4 bahan ni wangi semerbak satu rumah

Artikel SK pada kali ini lebih kepada berkongsi kepada orang ramai berkenaan dengan cara membuat pewangi rumah, yang mampu membuatkan rumah berada dalam keadaan harum sepanjang masa.

Menerusi perkongsian @simba_memory di TikTok, ia mengatakan cara tersebut memerlukan bahan yang mudah didapati selain ia mampu menjadikan rumah harum seperti berada di rumah mewah.

Tip ini juga sesuai buat mereka yang tidak mahu mengeluarkan bajet yang banyak.

Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, rumah akan terhindar daripada bau busuk dan juga hapak.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Tip rumah harum

Screenshot 2023 10 11 083821 1

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bekas
  • Garam batu
  • Bunga cengkih
  • Kayu Manis
  • Pelembut baju

Cara-caranya:

  1. Masukkan tiga sudu garam batu ke dalam bekas.
  2. Tuangkan satu penutup cecair pelembut baju.
  3. Kemudian, masukkan beberapa keping bunga cengkih.
  4. Tambahkan lagi dua sudu garam batu.
  5. Tuangkan satu lagi penutup cecair pelembut baju.
  6. Akhir sekali, bakar hujung batang kulit kayu manis.
  7. Biarkan ia berasap kemudian cucuk menegak pada campuran tadi.

Selepas mencuba tip yang diberikan, pasti ia mengubah konsep tentang pembelian barang rumah. Tidak salah untuk berhabis duit namun sekiranya ada perkara yang dapat dilakukan secara DIY apa salahnya mencuba.

Bagaimanapun ia bergantung kepada bajet dan pendapatan tersendiri tentang keperluan rumah.

Selamat mencuba!

@simba_memory Nak ruangan rumah korang harum dan wangi macam rumah jutawan? Ikuti tips ini. Jom singgah 👇🏼👇🏼 @Simba Memory @Simba Memory @Simba Memory #tipsandtricks #rumahwangi #pengharumruangan #pewangiruangan #pewangirumah #fyp ♬ Dj Malu-malu Bikin Candu – Martin Tjr

Baca Lagi:
Mula bengkak dan sukar bernafas, wanita dakwa anak meninggal dunia selepas diberikan antibiotik
“Sejak dalam kandungan lagi mama benci aku, mama pernah ludah muka aku, sekarang mama sakit ini yang aku balas..”
“Aku ada banyak duit, siap hantar anak ke tadika paling mahal, tiba-tiba cikgu tanya satu soalan ni buat aku dan isteri tak tahu nak jawab apa”