Tak mahu terpalit sama, akhirnya Sofi Jikan dedah apa yang berlaku di set pengambaran menyebatkan Aaron Aziz dibuang Syamsul Yusof

Tak mahu terpalit sama, akhirnya Sofi Jikan dedah apa yang berlaku di set pengambaran menyebatkan Aaron Aziz dibuang Syamsul Yusof

Tak mahu terpalit sama, akhirnya Sofi Jikan dedah apa yang berlaku di set pengambaran menyebatkan Aaron Aziz dibuang Syamsul Yusof. Pelakon Soffi Jikan mendedahkan terdapat konflik antara Datuk Aaron Aziz dengan pengarah, Syamsul Yusof sehingga aktor Singapura itu ‘dibuang’ daripada filem The Original Gangster.

Menurut laporan mStar, Soffi berkata isu itu masih berlarutan tetapi enggan masuk campur memandangkan dia juga antara barisan pelakon dalam filem aksi tersebut.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu berharap kedua-dua pihak dapat menemui jalan penyelesaian sekali gus berakhir dengan baik. “Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Tak mahu terpalit sama, akhirnya Sofi Jikan dedah apa yang berlaku di set pengambaran menyebatkan Aaron Aziz dibuang Syamsul Yusof

“Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur, cuma apa saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut meletakkan harapan supaya filem berkenaan mendapat sambutan walaupun wajah-wajah ditampilkan kurang sinonim dengan watak samseng.

“Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.

“Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka,” ujarnya. Terdahulu, Aaron mendedahkan namanya digugurkan daripada membabitkan diri dalam penggambaran filem arahan Syamsul itu namun tidak mahu mendedahkan punca sebenar.

Ini kerana dia memilih untuk menghormati bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam selain tidak mahu membuka pekung mana-mana pihak yang terlibat. “Saya bukan tarik dari, tapi dibuang. Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Apapun saya doakan yang terbaik,” dedah Aaron.

Baca Lagi:
Majlis Ulama keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan, ini sebabnya
Hadiah ulang tahun, Rozita Che Wan kongsi bagaimana rumah banglo RM10 juta berjaya dibina sepenuhnya
Bayaran Tambahan Fasa 2 RM300 telah mula dikreditkan hari ini, semak sekarang
CATEGORIES