Tak guna, patutlah minyak masak susah dapat..Ini kepala dia buat hal – Netizen

621068664cc6a

Tak guna, patutlah minyak masak susah dapat..Ini kepala dia buat hal – Netizen. Pasukan Penguatkuasa Makanan Sumatera Utara menemukan sebanyak 1.1 juta paket minyak masak yang sengaja disembunyikan oleh pengusaha di sebuah gudang penyimpanan di Deli Serdang.

Lapor Kompas.com, Ketua Biro Ekonomi Wilayah Sumut, Naslindo Sirait berkata, kesemua minyak masak itu disembunyikan susulan penetapan harga baharu berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

Pengurusan gudang penyimpanan itu memaklumkan, mereka menyembunyikan kesemua minyak masak tersebut kerana takut mengalami kerugian sekiranya dijual ketika ini.

Pihak pengusaha menyatakan harga runcit yang ditetapkan oleh kerajaan masih berada di bawah kos pengeluaran yang perlu ditanggung mereka.

Golongan pengusaha minyak masak juga mendakwa kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri bagi membolehkan mereka mendapat ganti rugi sekiranya berlaku kerugian.

Ketika ini, Indonesia mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak, menyebabkan banyak premis perniagaan makanan berdepan situasi sukar.

Keadaan itu turut dirasai oleh orang ramai yang terpaksa berebut minyak masak di pasar raya atau kedai runcit, malah mereka juga dihadkan untuk membuat pembelian.

Dalam pada itu, penemuan minyak masak berkenaan akan diserahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Selain itu, pasukan penguat kuasa juga melakukan pemeriksaan secara besar-besaran di sejumlah perusahaan dan pengedar minyak masak.

Sumut berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak yang disifatkan ‘kritikal’ sejak dua minggu lalu.

“Minyak masak yang ditemukan itu mampu memenuhi keperluan masyarakat di Sumut sebanyak enam hingga 10 peratus dalam tempoh sebulan.

“Situasi kekurangan bekalan minyak masak ketika ini meresahkan rakyat dan kita tidak mahu masalah ini berterusan lebih lama,” kata Naslindo.

Baca lagi:

Ini rahsia bilik hotel yang pekerja tidak akan bagitahu kepada ‘guest’

Bahaya hantar emoji ‘love’ di WhatsApp, anda boleh dihukum penjara

Dunia islam telah kehilangan seorang Ulamak hebat yang mengislamkan 100000 ribu orang, bina 401 buah Masjid

Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi dengan syarat…

Leave a Reply

Your email address will not be published.