Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia

Photo of author

By Joe

Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia. Tahun ini, 7-Eleven Malaysia menyambut ulang tahun ke-40 di negara ini dan telah menjadi sebahagian daripada komuniti negara kita.

Kalau difikirkan, 7-Eleven lah yang menjadi ‘penyelamat’ ramai ketika banyak kedai lain tidak beroperasi pada hari raya pertama atau ketika kita memerlukan sesuatu selepas jam 10 malam ketika banyak kedai-kedai lain sudah tutup.

Selain itu, kehadiran 7-Eleven ini boleh dikatakan meninggalkan banyak memori kepada segenap generasi sehingga hari ini.

Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia

Perjalanan 7-Eleven di Malaysia

Di Malaysia, 7-Eleven merupakan pelopor dan operator utama kedai serbaneka 24 jam yang terbesar, dan selepas membuka 1,000 cawangan, 7-Eleven Malaysia memberikan peluang kepada usahawan tempatan untuk membuka cawangan mereka sendiri melalui program francais yang unik pada tahun 2009.

Sehingga kini, terdapat lebih 2,500 cawangan 7-Eleven di seluruh negara dan rangkaian kedai serbaneka ini boleh ditemui di pelbagai lokasi seperti stesen minyak, stesen LRT, kawasan kedai berdekatan perumahan, pusat beli-belah, dan banyak lagi!

Berikut adalah antara fakta menarik tentang 7-Eleven Malaysia :

  • Cawan ‘clear’ Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan boleh ‘mencipta’ hiasan tersendiri.Masa ni kalau korang ingat, masing-masing nak show off skill nak cipta ‘design’ pada cawan Slurpee ni!
  • Cawan Slurpee mini (8oz) diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk tempoh terhad.Kiranya masa ni, siapa yang ‘tak tahan’ sejuk tu memang akan pilih saiz ni sebab kuantiti dia tak banyak sangat, tapi tak sikit juga.
  • 7-Eleven menggunakan beg plastik terurai sebagai respon kepada perlindungan alam sekitar.Langkah yang patut mendapat pujian dan diikuti ramai bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar.
  • Hari 7-Eleven di Malaysia disambut pada 7 November (7/11), berlainan dengan tarikh lahir ‘rasmi’ pada 11 Julai (11/7).
    Kalau ikutkan, tarikh 7/11 lagi sesuai sebab format penulisan tarikh dekat Malaysia kita akan gunakan hari diikuti dengan bulan berbanding sesetengah yang gunakan bulan dahulu diikuti dengan hari.
  • Cawangan ke-1,600 dibuka di Publika Solaris pada 18 Jun 2014 dengan konsep serta ‘feel’ yang baharu dan lebih segar.Memang tak sangka, tetapi pembaharuan yang dilakukan ni buatkan 7-Eleven tampil lebih trendy!

Sebenarnya, bukan itu je. Ada banyak lagi fakta menarik tentang 7-Eleven Malaysia yang mungkin korang tak perasan, yelah sebab dah hari-hari masuk. Sebagai contoh, setiap cawangan kedai serbaneka ini mempunyai 2,500 jenis barangan (SKU) termasuklah menu-menu ikonik seperti Slurpee yang baru-baru ini dijenamakan semula, pelbagai perisa eksklusif soft serve dan banyak lagi.

Kini, apabila anda melangkah masuk ke 7-Eleven, terdapat lebih daripada 200 SKU jenama kategori label peribadi dengan harga yang lebih baik dan berkualiti tinggi.

Sejak tahun 2021, 7-Eleven memperkenalkan 7CAFé yang mengetengahkan standard yang tinggi serta menawarkan lebih banyak pilihan makanan segar, perkhidmatan yang diperbaiki, dan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

Dengan lebih daripada 300 cawangan 7CAFé dan pengenalan dapur komisori, ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti makanan serta menyediakan pelbagai makanan Siap Dimakan (RTE).

Meraikan Setiap Suapan

Menariknya, sempena ulang tahun ke-40, 7-Eleven mengadakan kempen ‘Meraikan Setiap Suapan’ di mana setiap makanan Siap Dimakan (RTE) ‘meraikan’ ulang tahun tersebut. Baru-baru ini, 7-Eleven telah memperkenalkan pelbagai menu RTE baru termasuk 30 menu Sandwich, Onigiri, dan pelbagai menu makanan RTE lain.

Semua ini dikeluarkan di bawah jenama 7CAFé oleh 7-Eleven dan hampir kesemuanya boleh didapati di lebih daripada 750 rangkaian sama ada 7CAFé atau 7-Eleven yang dilengkapi dengan peti sejuk terbuka.

Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia

Ini bermakna, akan ada lebih daripada 30 SKU makanan RTE kesemua sekali dan lebih menarik kebanyakannya adalah menu tempatan seperti Nasi Goreng Belado, Nasi Ayam Nyonya,Nasi Goreng Kampung dan banyak lagi!

Kalau korang memang pelanggan setia 7-Eleven, pastinya korang ada aplikasi My7E yang kini telah mempunyai sebanyak 3 juta pengguna dan dari semasa menawarkan pelbagai tawaran serta ganjaran menarik buat semua pengguna.

Sempena ulang tahun ke-40 ni, 7-Eleven ada beberapa tawaran menarik seperti diskaun sehingga 40% keatas produk-produk terpilih di seluruh negara selain korang juga berpeluang menangi sehingga RM100,000 dalam peraduan ‘7-Eleven x MyDebit Wave’.

Caranya mudah; korang hanya perlu berbelanja minimum RM15 dalam satu resit dan lakukan pembayaran menggunakan kad ATM korang bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2024 untuk menangi pelbagai hadiah menarik seperti di bawah :

Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia

Tidak lupa juga, korang berpeluang untuk mendapatkan Tiffin Mangkuk Tingkat Edisi Terhad Ulang tahun Ke-40 7-Eleven. Untuk para collector, korang mesti teruja untuk dapatkan Tiffin Mangkuk Tingkat dengan rekaan elemen 7-Eleven ini.

Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia

Selain tumbler, korang juga boleh menebus Tiffin Mangkuk Tingkat unik dari 7CAFé dengan melengkapkan setem. Setiap perbelanjaan minima RM15 akan menerima 1 setem di aplikasi My7E.

Jadi, bermula dari 10 Jun hingga 5 Ogos 2024, korang boleh mula mengumpul, dan penebusan akan bermula dari 24 Jun hingga 11 Ogos 2024!

Memang lagi banyak la memori dengan 7-Eleven lepas ni…

Baca Lagi:
Tauke kedai emas di Terengganu rugi RM700,000, pekerja tipu berat emas pelanggan dan curi duit
Ramai tak tahu rupanya baju banduan Malaysia ada 8 jenis, setiap satu miliki ‘kod’ dan maksud berbeza
KTMB perkenal 6 laluan ekspres, boleh jimat masa 40 minit