Syed Saddiq jawab tuduhan banglo besar

PTJ1 4

Syed Saddiq jawab tuduhan banglo besar. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi hantaran di Facebooknya tampil menjelaskan dakwaan beberapa pihak yang menuduh beliau mempunyai banglo besar yang siap dengan kolam renang.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, rumah tersebut merupakan rumah sewa yang sudah disewa sejak menjadi menteri.

Katanya, rumah tersebut dijadikan perjumpaan, bermesyuarat dan terutamanya yang membabitkan parti Muda kerana parti itu masih belum mempunyai pejabat.

“Ini rumah sewa saya. Memang dah sewa dari waktu saya jadi menteri lagi. Bayar setiap bulan. Apabila jadi menteri, saya ditawarkan tanah, tetapi saya tolak. Rumah banglo menteri pun saya tolak. Saya pilih pilihan ‘sewa rumah’.

Syed Saddiq jawab tuduhan banglo besar

“Rasanya semua dah tahu alamat rumah saya. Perjumpaan, mesyuarat, perjumpaan orang ramai semua buat di sini lah. Banyak hantaran saya dah kongsi alamat rumah saya ini.

“Rumah ni ada tiga bilik. Semua sudah dijadikan pejabat kecuali satu bilik untuk saya berehat. Sinilah Pusat Gerakan Misi Banjir Muda, sinilah tempat Muda buat mesyuarat sebab Muda tak ada pejabat lagi,” katanya hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, pihaknya mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan yang ditimbulkan itu.

“Macam saya ulang banyak kali, saya ini open book. Nak siasat, siasat lah. Nak lawat rumah ini, lawatlah.

“Dulu pun ada yang kononnya nak dedahkan projek dan tender Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang saya ambil buat untung – tetapi sampai sekarang tak ada.

“Selamat Tahun Baharu semua. Saya ucapkan Tahun Harimau ini adalah tahun kita lebih berani bersuara, bersedia mengambil tanggungjawab menjaga negara dan jujur menjalankan tugas,” jelasnya.

Baca lagiPengeluaran ‘One-Off’ Wang KWSP Terakhir Bukan Isu Politik Tapi Kepentingan Rakyat – Zahid

PRN Johor: Calon Umno mesti berciri ‘WALI’

‘Bila pula pembalakan bagus untuk harimau’, NGO bidas Jabatan Perhutanan Kelantan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.