
Syed Saddiq bakal tamatkan zaman bujang
Syed Saddiq bakal tamatkan zaman bujang. AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Perkara itu dinyatakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ketika bertemu Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad di bangunan Parlimen, hari ini.
“Semasa saya menjadi Ahli Parlimen 2013-2018, Syed Sadiq datang ke pejabat saya di Bagunan Parlimen. Waktu itu Syed Sadiq baru sahaja grad daripada UIA (Universiti Islam Antarabangsa).
“Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka hensem mesti kahwin cepat. Dia janji dengan saya, sebelum PRU16 dia akan kahwin,” tulis Idris di Facebook.
Dalam pada itu, bekas Menteri Agama itu turut mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Syed Saddiq mencari jodoh.
“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” tulisnya.