Syarikat perkapalan gergasi umum bonus 11 bulan gaji untuk 3,100 orang pekerja

Syarikat perkapalan gergasi umum bonus 11 bulan gaji untuk 3,100 orang pekerja

Syarikat perkapalan gergasi umum bonus 11 bulan gaji untuk 3,100 orang pekerja. Pekerja syarikat perkapalan terbesar Taiwan, Evergreen Marine, dilaporkan mendapat durian runtuh di mana mereka mendapat bonus pertengahan tahun bersamaan dengan 10 hingga 11 bulan gaji, lapor Channel News Asia (CNA).
Pada Januari 2023, syarikat yang sama telah memberi ganjaran kepada pekerjanya dengan bonus besar sehingga 52 bulan.

Syarikat perkapalan gergasi itu dijangka membelanjakan NT$1.918 bilion (RM378 juta) untuk bonus pertengahan tahun, menurut pengumuman syarikat itu semasa mesyuarat lembaganya pada 14 Mac lalu.

Syarikat perkapalan gergasi umum bonus 11 bulan gaji untuk 3,100 orang pekerja

Evergreen Marine mempunyai kira-kira 3,100 pekerja dan purata gaji bulanan mereka ialah NT$60,000 (RM8,824).

Dengan bayaran bonus pada awal Januari 2023 dan bonus pertengahan tahun akan datang, kakitangan syarikat berkenaan dianggarkan menerima bonus keseluruhan sehingga 60 bulan gaji.

Syarikat perkapalan gergasi umum bonus 11 bulan gaji untuk 3,100 orang pekerja

Berdasarkan laporan kewangan pada tahun 2022, pendapatan Evergreen Marine ialah NT$627.284 bilion (RM92 bilion), meningkat 28.16 peratus daripada tahun sebelumnya. Ia merupakan tahun prestasi terbaik syarikat itu dalam sejarah.

Baca Lagi:
AJK masjid, surau akan dipecat jika benarkan penceramah tanpa tauliah berceramah agama – Sultan Ibrahim
Suami OKU, isteri berdepan hukuman gantung sampai mati
Aku dari keluarga miskin, ayah masukkan aku ke IPTS terpaksalah sehari hanya boleh belanja RM1.20 je untuk makan
CATEGORIES