Syarikat kapal catat keuntungan besar, siap umum bonus sehingga 4 tahun gaji setiap pekerja

Syarikat kapal catat keuntungan besar, siap umum bonus sehingga 4 tahun gaji setiap pekerja

Syarikat kapal catat keuntungan besar, siap umum bonus sehingga 4 tahun gaji setiap pekerja. Dua buah syarikat kapal kontena Taiwan, Evergreen Marine Corp dan Yang Ming Marine Transport Corp mengumumkan bonus akhir tahun lumayan untuk para pekerja selepas mencatatkan keuntungan syarikat yang kukuh, biarpun kadar penghantaran kontena yang merosot pada 2022.

Evergreen Marine, syarikat perkapalan kontena terbesar negara itu akan mengagihkan bonus akhir tahun sehingga 52 bulan gaji kepada pekerjanya. Menurut laporan Liberty Times, jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding bonus 40 bulan gaji yang diberikan pada tahun lepas.

Rata-rata pekerja diberi ganjaran bonus akhir tahun antara 10 hingga 45 bulan gaji, manakala mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang luar biasa pula akan menerima bonus bersamaan 52 bulan gaji.

Syarikat kapal catat keuntungan besar, siap umum bonus sehingga 4 tahun gaji setiap pekerja

Walau bagaimanapun, Evergreen enggan mengesah atau memberi respon berhubung laporan pemberian bonus lumayan itu. Namun begitu, syarikat berkenaan memaklumkan semua pekerjanya akan menikmati bonus yang setimpal berdasarkan prestasi masing-masing.

Berdasarkan data korporat, Evergreen mencatatkan keuntungan bersih NT$304.35 bilion (RM 43.66 bilion) pada tiga suku pertama tahun lepas, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak meningkat 92 peratus.

Manakala pesaingnya pula, Yang Ming Marine Transport Corp turut dilapor merancang untuk memberikan bonus sehingga 13 bulan gaji.

Keuntungan bersih tahun ke tahun syarikat tersebut melonjak sebanyak 51 peratus atau NT$165.85 bilion (RM 23.79 bilion) dalam tiga suku pertama tahun lepas.

Syarikat-syarikat perkapalan berkata, pertumbuhan hasil yang ketara adalah sumbangan daripada kenaikan kadar tambang ditengah-tengah kekurangan tenaga buruh dan kesesakan di pelabuhan di seluruh dunia di sebabkan pandemik COVID-19.

Baca Juga : 
Kisah anak sulung yang terluka, abah biarkan kawan dia buat perkara tak elok termasuk sepupu jadi mangsa abah
Kisah mak mertua paksa suami lafaz cerai, aku terpaksa culik suami sendiri dari selatan ke Selangor
Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak
Hairan bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk malu dan aku mula korek cerita…
CATEGORIES