Syarikat guna gambar tanpa kebenaran, Baby Shima hilang sabar buat laporan polis

Syarikat guna gambar tanpa kebenaran, Baby Shima hilang sabar buat laporan polis

Syarikat guna gambar tanpa kebenaran, Baby Shima hilang sabar buat laporan polis. KESAL dan berang dengan sebuah syarikat pengurusan acara yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran, penyanyi Baby Shima nekad membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, petang tadi.

Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli, 30, berkata, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang selepas hilang sabar kerana syarikat berkenaan sudah tiga kali menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

“Saya terpaksa membuat laporan polis kerana mereka sudah melampau dan ini bukan pertama kali. Saya tidak boleh beri muka lagi kepada mereka.
“Ini kali ketiga mereka guna nama dan muka saya pada poster acara yang mereka anjurkan. Mereka tarik orang datang dan dapatkan penaja dengan nama saya sedangkan saya tidak terlibat.
“Jadi laporan polis perlu dilakukan sebagai tindakan untuk dia berhenti menggunakan nama dan gambar saya,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Syarikat guna gambar tanpa kebenaran, Baby Shima hilang sabar buat laporan polis

Ujar Shima, dia sudah cuba berbincang dengan penganjur tersebut namun kecewa dengan sikap biadab selain sengaja mencetuskan provokasi kepada pihaknya.

“Bila pengurus saya hubungi mereka dan minta penjelasan, mereka melenting dan cakap kami tak beradab. Dia yang guna gambar saya tanpa kebenaran… Siapa yang tidak beradab sebenarnya? Dia juga turut melibatkan ibu dan bapa saya.

“Bagi saya dia tidak profesional dan memfitnah pengurus saya tidak beradab. Dia yang salah, menipu orang ramai,” ujarnya.

Sementara itu, Shima berkata, dia akan menjelaskan perkara sebenar di media sosial supaya peminat juga tidak tertipu.

“Ramai peminat DM nak jumpa di acara tersebut. Ada yang sempat saya balas. Malah ada juga yang sangat kecewa kerana rasa tertipu.

“Jadi saya perlu jelaskan perkara sebenar. Laporan polis ini juga adalah untuk membersihkan nama saya yang telah digunakan tanpa kebenaran,” tegasnya.

Difahamkan, acara berkenaan dijadualkan berlangsung pada hujung minggu depan di Johor Bahru.

Baca Lagi:
Tun M pamer kereta elektrik Polester 2, mampu bergerak sejauh 400km dengan hanya sekali cas penuh
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
‘Buat malu bangsa je’, netizen kecam semua nama lelaki Melayu menang peraduan jumpa Porn Star
CATEGORIES