Syamsul Yusof saman JAWI RM10 juta kes kahwin dua

Syamsul Yusof saman JAWI RM10 juta kes kahwin dua

Syamsul Yusof saman JAWI RM10 juta kes kahwin dua. Pengarah sensasi, Syamsul Yusof bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menerusi pesanan suara dihantar dalam aplikasi WhatsApp, Syamsul berkata, tindakan itu berikutan JAWI didakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.

“Saya sudah berbincang dengan peguam dengan panjang lebar mengenai satu perkara. Dipendekkan cerita, saya akan saman JAWI sebanyak RM10 juta kerana sudah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap saya.
“Ia tidak benar. Mereka memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya, sedangkan palsu dan fitnah,” katanya kepada BH Online.

Syamsul Yusof saman JAWI RM10 juta kes kahwin dua

Bagaimanapun, pengarah filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak menjelaskan maklumat terperinci mengenai perkara itu.

Syamsul berkata, tindakan susulan akan dibuat dan dia sendiri bakal memaklumkan perkara tersebut.

“Perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya perlu ambil tindakan, setakat ini, itu dahulu.

“Selebihnya, saya akan maklumkan kemudian,” katanya.

Dipercayai dokumen berkenaan berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Baca Lagi:
Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban
Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10
6 buah negeri bakal dilanda banjir dalam tempoh 24 jam dari sekarang
CATEGORIES