“Susuk ni sampai ke mati tak boleh buang”- Pemandi jenazah kongsi kisah mayat pakai susuk buat ramai meremang

Photo of author

By Joe

“Susuk ni sampai ke mati tak boleh buang”- Pemandi jenazah kongsi kisah mayat pakai susuk buat ramai meremang. Seorang pemandi jenazah berkongsi kisah mengenai mayat yang menggunakan susuk di dalam tubuh badan mereka.

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, seorang wanita yang dikenali sebagai Iasminah berkata, berdasarkan pengalamannya, pihak hospital dapat mengetahui jika ada jenazah yang memakai susuk di dalam tubuh mereka.

“Bukan hanya saya yang nampak, pihak hospital pun boleh nampak jika ada emas atau berlian,” katanya.

"Susuk ni sampai ke mati tak boleh buang"- Pemandi jenazah kongsi kisah mayat pakai susuk buat ramai meremang

Bagaimanapun, doktor yang merawat biasanya tidak akan mengambil peduli tentang hal tersebut kerana bimbang ilmu hitam yang digunakan oleh si mati boleh mengganggu mereka.

“Apabila melakukan X-ray, doktor sendiri akan tahu jika ada susuk. Jika doktor mengganggu ‘benda itu’, ia boleh mengganggu doktor kembali. Oleh sebab itu, doktor tidak akan ambil peduli, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka nampak besi.

“Jika doktor memberitahu kami tentang hal ini, doktor tersebut akan menghadapi masalah kerana ‘benda itu’ mungkin akan mendekati doktor. Pernah berlaku, doktor cuba untuk melakukan prosedur tetapi tidak berjaya, malah doktor itu pula yang pengsan,” ujar Iasminah.

Menurut Iasminah, semasa menguruskan jenazah yang memakai susuk, sering kali berlaku kejadian aneh.

“Pemandu van jenazah boleh tertidur, imam telefon tidak diangkat. Saya cadangkan untuk bawa balik sahaja jenazah tersebut tetapi tetap perlu disembahyangkan.

“Kadang-kadang, hujan lebat dari rumah hingga ke tempat pengebumian. Memang pelik.

“Ada sahaja masalah. Ustaz yang saya telefon sepuluh kali hingga keluarga sudah marah, rupanya dia tertidur. Keluarga pula bertelagah di luar,” katanya.

@mingguanwanita Uruskan jenazah pakai susuk… “Susuk nie sampai ke mati tak boleh buang. Doktor nampak masa x-ray tapi biasa mereka biarkan. Sebab ada kes kena ganggu … “Biasanya bila kita berkawan dengan jin, lepas mati memang susah nak uruskan. Ada saja halangannya. Pak Imam tertidurlah, pemandu van jenazah tak sampai-sampai, anak beranak bergaduh masa jenazah mak masih ada, malah Acik sendiri ada perasaan “malas” je nak pergi. Ikuti pengalaman Acik lasminah yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah wanita di Lembah Klang. Boleh tengok vidoe penuh temubual di YouTube Mingguan Wanita. Lokasi penggambaran di Tanah Perkuburan Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam#pemandijenazah ♬ original sound – MingguanWanita

Baca Lagi:
Apa sudah jadi? KLIA dulu airport ke-9 terbaik di dunia, sekarang berada paling bawah
“Jalan paling banyak bonggol dalam Malaysia, satu rumah ada satu bonggol”
Cara wanita ini didik anak jadi suka makan makanan yang dimasak di rumah raih perhatian ramai