Susah cari pekerja sekarang, gaji basic RM1600 tambah elaun RM200 pun masih ramai memilih

Susah cari pekerja sekarang, gaji basic RM1600 tambah elaun RM200 pun masih ramai memilih

Susah cari pekerja sekarang, gaji basic RM1600 tambah elaun RM200 pun masih ramai memilih. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Ros (bukan nama sebenar), seorang ahli perniagaan yang mempunyai beberapa cawangan kedai di negeri aku menetap.

Luahan aku hari ni berkenaan sukarnya aku sebagai majikan untuk mencari pekerja.

Aku buka bisnes ni dah lama, dan majoriti pekerja aku semuanya dah berkhidmat lebih dari lima tahun. Cawangan kedua aku mempunyai 5 orang pekerja dan 3 darinya adalah adik-beradik.

Setelah beberapa tahun berkhidmat, mereka memutuskan untuk membuka perniagaan sendiri.

Susah cari pekerja sekarang, gaji basic RM1600 tambah elaun RM200 pun masih ramai memilih

Sejujurnya aku bangga kerana mereka dapat aplikasikan ilmu perniagaan yang mereka dapat bila bekerja di syarikat aku.

Sebelum berhenti, mereka berjanji akan menguruskan pengambilan staff baru dan notis yang mereka berikan pada aku juga selama tiga bulan.

Dalam tiga bulan, mereka hanya dapat seorang sahaja pengganti. Ada yang masuk sehari kemudian cabut, ada yang kerja sebulan dan selepas tu senyap sunyi dan bermacam-macam ragam.

Alasan yang mereka berikan langsung tidak masuk akal seperti bosan, tiada pelanggan, kena pakai uniform, tak suka pakai mask dan sebagainya.

Ada juga yang mengatakan pelanggan di kedai aku terlalu cerewet dan banyak tanya. Dah kalau tak belajar, macam mana nak dapat ilmu tentang barangan yang dijual kan?

Bila tamat notis 3 beradik tersebut, aku lah yang kena turun padang dan bekerja berdua dengan staff baru.

Dua lagi staff yang ada hanya ditugaskan menghantar barang ke rumah pelanggan dan mereka tak pernah terlibat dalam urusan jual beli. Bila ada barang, mereka angkat dalam lori dan hantar kepada pelanggan.

Sejujurnya aku tak kisah, cuma cawangan kedai aku yang lain mula terabai dan aku pun dah tak ada masa untuk ke sana kerana cawangan kedua aku ni boleh aku katakan pelanggannya agak ramai.

Dalam masa yang sama, aku cuba juga iklankan jawatan kosong di Facebook, Instagram, Laman Web mencari kerja dan Mud*h.my. Dari 10 calon yang bertanya, aku boleh katakan hanya 2 yang datang interview.

Itu pun bila diambil ada sahaja demand dan kehendak mereka seolah-olah aku pula yang meminta kerja. Perangai yang paling hot di kalangan anak-anak muda kita bila diterima bekerja, hari melapor diri senyap tiada berita.

Apa salahnya anda whatsapp atau hubungi pihak syarikat dan maklumkan anda tidak berminat? Boleh kita cari pengganti secepat mungkin.

Tak ada bos nak heret anda dari rumah ke kedai untuk paksa anda masuk bekerja.

Demand anak muda sekarang pun boleh tahan. Kalau boleh nak cuti dua hari, taknak sehari sedangkan kedai dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Sehari 7 jam sahaja bekerja, termasuk waktu rehat. Sabtu 10 pagi hingga 2 petang sahaja untuk uruskan hal-hal yang tertangguh dan urusan stock. Itu pun menjadi masalah untuk mereka.

Basic RM1600 taknak, OK baik saya tambah elaun sebanyak RM200. Pun tak setuju kononnya tak memenuhi kriteria dan komitmen mereka. Pening kepala aku, nak bagi lebih pengalaman pun tak ada.

Ada juga bila dah masuk, tiba-tiba dapat tau gaji staff dua orang tu lagi tinggi dan terus whatsapp saya minta gaji yang sama. Alasannya sebab staff dua orang tu bila tak ada barang duduk je di stor.

Memanglah, dah skop kerja mereka hantar barang dan buat pemasangan di rumah pelanggan. Tugas awak di kaunter depan melayan pelanggan, tentukan apa yang pelanggan nak beli dan uruskan pembayaran. Dah siap, hantar resit pada staff dua orang tu.

Setakat itu sahaja tugas staf di kaunter hadapan. Tak perlu angkat barang berat-berat. Kerja berat, gaji juga kena berat.

Kebanyakan anak muda kita memang ada masalah komunikasi. Bila bercakap dengan pelanggan nak tak nak, jawapan pun merapu.

Pelanggan dari neraka memang ada, tapi bila pelanggan dari syurga datang jangan lah dilayan endah tak endah. Dengan perangai sebegitu, macam mana saya nak ada hati bagi gaji lebih?

Di Facebook pula, ramai yang tak membaca dengan baik sedangkan di poster telah ditulis segala maklumat. Walaupun dah ditulis lokasi bekerja, masih lagi bertanya di mana? Walaupun dah diberi link whatsapp, masih lagi komen PM PM PM.

Sejujurnya saya rasa nak tutup sahaja cawangan ni dan jadikan sebagai warehouse. Tak ada hati saya nak cari pekerja.

Sekarang pun kalau ada orang baru nak interview, saya suruh mereka terus ke HQ untuk HR yang uruskan. Mujur cawangan tersebut dan HQ tak jauh.

Betul lah kata ex staff saya, nanti Puan hadaplah masalah staff ni. Masa tu baru Puan rasa susahnya nak cari staff baru. Ketika tu saya bebel-bebel kenapa susah sangat nak recruit staff. Hmm..

Mohon pandangan dan pendapat pembaca. Gaji saya beri terlalu sikit ke? Atau ada apa-apa yang saya perlu improve? Terima kasih.

– Ros (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Turun berat badan 55kg punca putus tunang dengan Zarina Anjoulie?, ini penjelasan sebenar Datuk Seri Khazrul Elzey
PM Anwar lantik 5 individu Badan Penasihat Khas dan tidak terima bayaran dari kerajaan
Pernah belakon dalam filem P.Ramlee, tak sangka seniwati lagenda Sarimah Ahmad kini berumur 80 tahun masih kekal awet muda
CATEGORIES