Sunguh menjijikkan! peniaga simpan buah jeruk dalam longkang, longgokan sampah

Sunguh menjijikkan! peniaga simpan buah jeruk dalam longkang, longgokan sampah

Sunguh menjijikkan! peniaga simpan buah jeruk dalam longkang, longgokan sampah.

Kotor dan jijik. Dua perkataan yang dapat menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab peniaga jalanan buah jeruk di negeri ini menyimpan stok di dalam longkang dan kawasan longgokan sampah.

Tindakan ambil mudah peniaga ini bukan sahaja kotor dan jijik malah kemungkinan mengundang masalah kesihatan serius kepada pengguna.

WhatsApp Image 2022 03 28 at 10.52.43 e1648443457119

Kegiatan tidak bermoral peniaga jalanan itu terbongkar apabila Polis Johor menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan di sekitar Johor bermula sejak awal bulan ini sehingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, sepanjang tempoh itu, enam saman telah dikeluarkan ke atas pemilik perniagaan serta penjaja.

“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat antara Bandar Baru Uda dan Jalan Tampoi.

“Hasil daripada maklumat yang diperolehi terdapat 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan ini menjalankan perniagaan mereka.

“Melalui operasi yang dijalankan mendapati makanan yang dijaja iaitu buah jeruk disimpan dan disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi menggelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, kegiatan ini juga dikhuatiri didalangi sindiket yang cuba mengaut untung dengan mudah malah mereka juga berani apabila menggajikan warga asing untuk menjalankan aktiviti terbabit.

Jelasnya, aktiviti menjaja di jalan awam merupakan kesalahan yang jelas yang mana melanggar peraturan dan undang-undang.

“Mana-mana individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 10A (1) & Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

“Dibawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan juga jelas ianya melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun dan sita semua barang-barang yang dijaja,” katanya.

Baca Lagi:

Majlis Oscar 2022 kecoh!! Aktor ternama Will Smith tumbuk selebriti Chris Rock di pentas

Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta – KJ

2 artis Malaysia berdepan hukuman gantung sampai mati

CATEGORIES