Sultan Brunei buat lawatan khas ke Malaysia jumpa Anwar Ibrahim

Sultan Brunei buat lawatan khas ke Malaysia jumpa Anwar Ibrahim

Sultan Brunei buat lawatan khas ke Malaysia jumpa Anwar Ibrahim. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semasa lawatan khas baginda ke Malaysia, hari ini.

Pertemuan itu adalah yang julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas perdana menteri memegang jawatan pada 24 Nov, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Lawatan terakhir baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.

Sultan Brunei buat lawatan khas ke Malaysia jumpa Anwar Ibrahim

Malaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama rakyat.

Bertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan itu untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pada 2021, Brunei ialah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.03 bilion (US$1.94 bilion).

Anwar akan turut meraikan Seri Paduka Baginda serta Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan delegasi Brunei dalam satu majlis santapan tengah hari.

Sultan Brunei buat lawatan khas ke Malaysia jumpa Anwar Ibrahim

Baca Lagi:
Anwar Ibrahim tolak guna Mercedes S600
Bekas ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman
Pasang jalur gemilang terbalik, lelaki bangladesh ditangkap
CATEGORIES