Sulaiman Md Ali akan letak jawatan KM Melaka bagi laluan kepada Ab Rauf?

Sulaiman Md Ali akan letak jawatan KM Melaka bagi laluan kepada Ab Rauf?

Sulaiman Md Ali akan letak jawatan KM Melaka bagi laluan kepada Ab Rauf? Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan beliau akan melepaskan jawatan itu awal Januari tahun depan seperti dilaporkan media semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu ketika dihubungi MalaysiaGazette sebaliknya berkata, dakwaan itu tidak benar.

Ia kali kedua beliau menafikan spekulasi sama yang pernah timbul Mei lalu.

“Tak betul (letak jawatan KM),” katanya ringkas menerusi kiriman WhatsApp kepada MalaysiaGazette ketika ditanya adakah benar dakwaan beliau akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat.

Sulaiman Md Ali akan letak jawatan KM Melaka bagi laluan kepada Ab Rauf?

Semalam, satu laporan media menyebut Sulaiman bakal berundur sebagai Ketua Menteri pada 3 Januari tahun hadapan untuk memberi laluan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menggantikan beliau.

Untuk rekod, sebelum ini, spekulasi sama timbul pada Mei lalu kononnya Sulaiman dipaksa pihak tertentu untuk menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Beliau bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyifatkannya sebagai agenda mereka yang hanya ingin menggugat kestabilan kerajaan negeri dipimpinnya sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) November tahun lalu.

Kenyataannya itu dikeluarkan ketika Sulaiman dan Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara bersama-samanya di Sarajevo, Bosnia Herzegovina menghadiri Sarajevo Business Forum 2022.

Kunjungan kedua-dua tokoh itu ke sana juga dikaitkan dengan perbincangan mengenai kerusi nombor satu di Melaka yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Kontroversi jawatan Ketua Menteri Melaka itu kembali hangat apabila Julai lalu timbul dakwaan kononnya akan berlaku undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, namun tidak berlaku sehingga sidang ditangguhkan tanpa usul berkenaan.

Sulaiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas BN menang 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka sehari sebelumnya.

Baca Lagi:
Pelakon ditemui meninggal dunia dalam tandas set penggambaran
Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara
Rumah tinggal 3 bulan, tapi dalaman kemas, tak berhabuk. Aku terkejut jumpa banyak rambut uban putih panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *