Sulaiman Ali menangis depan kakitangan Pejabat Ketua Menteri

Sulaiman Ali menangis depan kakitangan Pejabat Ketua Menteri

Sulaiman Ali menangis depan kakitangan Pejabat Ketua Menteri. Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menitiskan air mata ketika memberikan kata-kata terakhir kepada kakitangan di Pejabat Ketua Menteri, di Ayer Keroh, di sini, pada Khamis.

Video Sulaiman berbaju kurta dan berkopiah dilihat beberapa kali mengesat air mata tular di media sosial selepas beliau memasuki pejabat Ketua Menteri itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Sulaiman dalam pertemuan itu berkata, beliau tidak sedih untuk meninggal jawatan berkenaan namun sedih akan meninggalkan kakitangan yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tugas.

Sulaiman Ali menangis depan kakitangan Pejabat Ketua Menteri

Beliau berharap kesemua kakitangan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Ketua Menteri baharu seperti mana khidmat yang diperoleh sepanjang berada di tingkat empat Kompleks Seri Negeri itu.

“Pasti jasa serta budi baik semua akan saya kenang selagi hayat dikandung badan,” katanya dalam pertemuan ringkas itu.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan kenderaan membawa Sulaiman dilihat memasuki kompleks berkenaan pada jam 8.59 pagi.

Beliau dikatakan hadir ke pejabatnya untuk berjumpa kakitangan di situ buat kali terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sulaiman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu kali pertama menjadi Ketua Menteri Melaka setelah menggantikan Adly Zahari yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada 11 Mei 2018 selepas Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka.

Baca Lagi:
Nasib Najib diketahui esok, bebas atau kekal di penjara Kajang selama 12 tahun
Kejadian ‘Bulan berekor’ dikaitkan tanda kiamat dan dukhan akan berlaku?, Ustaz ni jelaskan perkara sebenar
“Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus”, wanita dakwa dipukul ustaz program realiti TV
CATEGORIES