Suka tayang kereta mewah Rolce Royce Phantom dan Mercedes Maybach S600, jutawan ini jatuh miskin selepas berbelanja tak ingat dunia

Suka tayang kereta mewah Rolce Royce Phantom dan Mercedes Maybach S600, jutawan ini jatuh miskin selepas berbelanja tak ingat dunia

Suka tayang kereta mewah Rolce Royce Phantom dan Mercedes Maybach S600, jutawan ini jatuh miskin selepas berbelanja tak ingat dunia. Seorang individu yang sebelum ini aktif dengan gaya hidup yang mewah adalah B.R Shetty yang merupakan seorang ahli perniagaan dari India.

B.R Shetty atau nama sebenarnya Bavaguthu Raghuram Shetty merupakan seorang jurujual produk Nivea pada awalnya sebelum berjaya menjadi seorang hartawan menerusi perniagaan yang diusahakan.

Menurut laman Forbes pada tahun 2019, B.R Shetty dilaporkan berjaya memiliki jumlah aset bernilai $3.15 bilion (RM13.18 bilion) serta turut tersenarai sebagai antara individu terkaya India.

Suka tayang kereta mewah Rolce Royce Phantom dan Mercedes Maybach S600, jutawan ini jatuh miskin selepas berbelanja tak ingat dunia

Sangka duit yang dimiliki tidak akan berkurangan dengan mendadak, B.R Shetty dilihat mulai mengubah gaya hidup dengan berbelanja secara besar-besaran.
Walau bagaimanapun, segala kemewahan yang dimiliki nampaknya tidak bertahan dalam tempoh yang panjang. Semuanya berlaku apabila terdapat firma yang berjaya mendedahkan syarikat beliau terlibat dengan masalah kewangan membuatkan B.R Shetty terpaksa menanggung masalah hutang lebih daripada $4 bilion (RM16.74 bilion).

Hal ini membuatkan kekayaan beliau jatuh dengan mendadak kerana terpaksa menanggung hutan syarikat yang tinggi. Beliau juga dilaporkan telah diharamkan dari memasuki Emiriah Arab Bersatu.

Dalam pada itu, berikut merupakan senarai aset yang dibeli beliau sewaktu berada di puncak ‘karier’ beliau.

Aset yang dimiliki B.R Shetty

Suka tayang kereta mewah Rolce Royce Phantom dan Mercedes Maybach S600, jutawan ini jatuh miskin selepas berbelanja tak ingat dunia

Sewaktu zaman kekayaan beliau, B.R Shetty dilaporkan berjaya membeli apartmen dua tingkat di bangunan ikonik Dubai iaitu Burj Khalifa.

Bukan sahaja sekadar membeli seunit, malah beliau dilaporkan berjaya memborong semua unit yang berada di tingkat 100 dan tingkat 140. Difahamkan jumlah yang dibelanjakan untuk apartmen ini adalah sebanyak $25 juta (RM104.61 juta).

Beliau dilaporkan sanggup berbelanja mendapatkan apartmen tersebut hanya disebabkan apartmen tersebut mempunyai alamat yang ‘mewah’.

Sering berparti dan mengumpul pelbagai kereta mewah

Bukan itu sahaja, beliau juga dilaporkan sering berparti secara besar-besaran serta turut memiliki beberapa kereta mewah seperti Rolce Royce Phantom dan Mercedes Maybach S600.

Selain itu, beliau juga turut mempunyai pelbagai lagi koleksi kereta vintaj serta beberapa buah kereta di India di mana beliau jarang menggunakannya.

Memiliki pegangan pemilikan jet peribadi

B.R Shetty dilaporkan tidak terbang bersama para penumpang yang lain sebaliknya lebih selesa untuk terbang bersama jet peribadi beliau.

Dilaporkan beliau telah membayar sebanyak $4.2 juta (RM17.57 juta) untuk mempunyai 50% pegangan jet peribadi daripada ahli perniagaan hebat dari Oman.

Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah, hutang tinggi yang ditanggung beliau sejak pada tahun ini membuatkan beliau terpaksa berhenti bermewah serta memilih untuk tidak membuat sebarang pembelian besar sehingga keadaan kewangan beliau kembali pulih.

Situasi yang berlaku terhadap B.R Shetty nyata boleh dijadikan pengajaran khususnya buat mereka yang mempunyai jumlah harta yang banyak serta sering mempamerkan kemewahan kerana dikhuatiri bakal melalui situasi yang sama.

Baca Lagi:
“Ayah paksa aku kahwin dengan lelaki tua kedekut lepas habis SPM”
Piramid tertua di dunia ditemui di Indonesia, lebih tua dari piramid Mesir
Ramai yang masih belum tahu 6 larangan yang sama dalam ajaran Islam dan Kristian, no 4 paling ‘panas’ di Malaysia
CATEGORIES