Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa “Tanpa Bayang” seluruh negara

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa “Tanpa Bayang” seluruh negara

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa “Tanpa Bayang” seluruh negara.

Pada minggu hadapan iaitu pada hari Isnin, 21 Mac 2022, Bumi dijangka akan mengalami fenomena yang dikenali sebagai ekuinoks.

Pada hari tersebut, Bumi akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa "Tanpa Bayang" seluruh negara

Namun begitu, fenomena ini bukan hanya itu sahaja tetapi juga ia menandakan permulaan peralihan musim.

Ekuinoks pada bulan Mac ini menandakan permulaan bagi musim bunga. Tetapi jika kita berada di selatan, ekuinoks bulan Mac ini akan menandakan permulaan bagi musim gugur.

Jadi, ia bergantung pada hemisfera mana kita berada ketika fenomena itu berlaku.

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa "Tanpa Bayang" seluruh negara

Kapsyen: Kredit: National Geographic Society

Selain itu, ekuinoks juga adalah lebih istimewa kepada penduduk yang berada di dalam negara-negara khatulistiwa khususnya kerana mereka akan mengalami peristiwa yang dikenali sebagai “tanpa bayang”.

Peristiwa “tanpa bayang” itu akan berlaku kerana Matahari pada waktu tengahari akan berada betul-betul “terpacak di atas kepala.

Antara kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa adalah seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador.

Negara kita juga akan turut sama mengalami perisitiwa “tanpa bayang” cuma peristiwa ini akan berlaku sedikit lewat iaitu selepas ekuinoks.

Berdasarkan kepada info yang dikongsikan oleh Kemeterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), perisitiwa “tanpa bayang” yang akan dialami penduduk di Malaysia seperti di Kota Tinggi diramalkan akan berlaku pada 25 Mac 2022.

Di Kuala Lumpur & Putrajaya pula peristiwa itu dijangka akan berlaku pada 28 Mac 2022 dan di Kuala Terengganu pula pada 3 April 2022 nanti.

Pada ketika fenomena itu berlaku juga, negara-negara khatulistiwa dijangka akan mengalami sedikit peningkatan suhu berikutan Matahari betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa.

Namun begitu, faktor-faktor lain seperti fenomena El Nino, kadar hujan, jumlah hari hujan, peralihan monsun dan faktor-faktor lain turut memainkan peranan dalam menentukan suhu semasa di sesuatu kawasan tersebut ketika ekuinoks berlaku.

Baca Juga : Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, tarikh permohonan & bayaran

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

CATEGORIES