Suhaimi Saad mahu tambah isteri satu lagi, ini respon Ina Naim buat ramai terkejut

Suhaimi Saad mahu tambah isteri satu lagi, ini respon Ina Naim buat ramai terkejut

Suhaimi Saad mahu tambah isteri satu lagi, ini respon Ina Naim buat ramai terkejut. Selepas kecoh di media sosial berkenaan selebriti kahwin lagi, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad turut mencuba nasib dengan isterinya, Ina Naim untuk menambah seorang lagi isteri.

Baru-baru ini, Suhaimi dilihat ada memuat naik video di media sosialnya bertanya kepada Ina boleh atau tidak jika dia mahu berkahwin seorang lagi.

Bagaimanapun, belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus membalas pertanyaan suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah isteri lagi.

Suhaimi Saad mahu tambah isteri satu lagi, ini respon Ina Naim buat ramai terkejut

Suhaimi yang pernah menggegarkan negara dengan beberapa kenyataan seperti bumi leper itu kemudiananya memuat naik satu lagi video yang mengatakan dia akan membeli mesin basuh namun isterinya berseloroh pula mahu meminta dua mesin basuh pula.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kelakuan pasangan suami isteri itu.

@elghoriby #nikah #mesinbasuh #fypシ ♬ original sound – SUHAIMI SAAD Official

“Elok juga, minta isteri lain kita minta mesin basuh, dia minta kita pun minta biar penuh mesin basuh dalam rumah,” ujar Farrah Hannan.

“Berani dia nak tambah bini, minta sekali mesin pengering baju la Ina,” kata Measarah.

“Jangan lupa minta duit belanja RM10,000 sebulan, barulah para suami ni ada akal sikit,” ujar Nadia Farrah.

Baca Lagi:
Siapakah sebenarnya Allahyarham Tan Sri’ P. RAMLEE?
Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma
Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi
CATEGORIES