Suara Aliff Syukri sumbang, tak sepadan dengan suara Baby Shima’ – Pengarah Muzik RTM

Suara Aliff Syukri sumbang, tak sepadan dengan suara Baby Shima' - Pengarah Muzik RTM

Suara Aliff Syukri sumbang, tak sepadan dengan suara Baby Shima’ – Pengarah Muzik RTM.

“Yang ini nak cari ‘part’ (bahagian) yang betul pun tak jumpa,” kata Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail mengenai lagu duet Datuk Seri Aliff Syukri dengan Baby Shima berjudul Baby Sayang.

Mokhzani berkata, tular atau ‘trending’ bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu. Namun, beliau tidak menganggap ia mengganggu industri muzik tanah air.

Suara Aliff Syukri sumbang, tak sepadan dengan suara Baby Shima' - Pengarah Muzik RTM

“Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari ‘part’ yang betul pun tak jumpa.

“Kalau dia masuk radio dan keluar di kaca TV lainlah. Kalau dia keluar fizikal CD pun belum tentu ada yang beli,” katanya.

Dalam pada itu, Mokhzani yang kini bertugas secara kontrak dengan RTM turut menawarkan diri untuk menjaga vokal Aliff secara percuma sekiranya berhasrat untuk terus menghasilkan lagu selepas ini.

Dia mengakui ‘pantang’ mendengar nyanyian sumbang Aliff dalam lagu itu.

“Lain kali panggil orang yang ada ‘telinga’ jaga vokal. Bukan kita tak mahu tolong. Kira okeylah keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.

“Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini ‘simple’ dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.

“Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk (Aliff) nak lagi kena berlatih. Okeylah setakat keluar YouTube ada 813,000 tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik menerusi Facebook Pianist DM.

Menerusi video terbabit, Mokhzani yang sering diundang sebagai juri Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza menjelaskan Aliff mempunyai banyak kelemahan dari segi suara berbanding Shima yang disifatkan sempurna. “Padahal boleh perbetul macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching’ nampak keterlaluan larinya.

“Boleh lagi diperbetulkan, tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit. Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu apa, kata okey.

“Suara tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah. Padahal senang saja. Aduii tak tahu nak kata,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan Aliff sepenuhnya tetapi penerbit lagu ini tidak menggunakan teknologi. “Apapun penerbit sekurang-kurangnya gunakanlah mesin. Sekarang macam-macam boleh buat. Suara katak pun boleh jadi elok.

“Memang tak lepas untuk siar di radio. Bukan tak nak tolong tapi memang tak boleh. Baby Shima memang dah nyanyi sempurna. Tapi bila masuk vokal duet dengan seorang vokal begitu, memang tak lepas. Ada juga teknik vokal tampal. Kenapa jadi begitu? Cuba terang sikit penerbit,” katanya.

Mokhzani berkata, sebenarnya tiada salah apapun untuk Aliff merakamkan lagu kerana semua orang bebas berbuat demikian.

“Sebenarnya banyak lagu sebegini dalam YouTube, tapi sebab dia Aliff Syukri dan dia seakan-akan mendabik dada dengan kenyataan artis nombor satu, itu yang orang tak boleh terima.

“Bagi saya untuk keluar YouTube bolehlah. Saya dah kaji dan dapati dia boleh menyanyi tapi sedap itu benda lain. Masalahnya saya rasa di pihak penerbitan album.

“Kalau ikut konsep lagu pun dia menyanyi sikit saja bukan sepenuhnya. Tiada satu ‘line’ yang panjang. Boleh diperbetulkan masa dalam studio,” katanya.

Baca Lagi:

Panas ! Aliff Syukri ‘sound’ Awie, akhirnya ini yang terjadi

1 Malaysia kena tipu dengan Aliff Syukri, pemuda ini dedah sesuatu

Dah macam pelakon lucah Aliff Syukri dengan Baby Shima – Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published.