“Suami talam dua muka”, depan aku terlalu baik, belakang siap ajak perempuan lain ‘main’ dalam kereta yang geran nama aku. Nama saya Ida, berumur hujung 20-an, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat yang besar, baru sahaja mendirikan rumah tangga 10 bulan. Suami saya Ali, berusia awal 30an, juruteknik di kilang berasal dari Jepun.
Kami berdua berkahwin bukan atas dasar cinta, tetapi kerana ibunya yang menyukai saya. Pada mulanya saya menolak mentah-mentah, memang tidak mahu, saya ingin membina kerjaya terlebih dahulu, membeli kereta, membeli rumah, baru saya kumpul wang untuk memikirkan tentang perkahwinan.
Tetapi ibunya berkata, sampai bila? Banyak perempuan di luar sana berusia 30 lebih tetapi masih belum berkahwin, sudah tiada yang berminat, pada masa muda sibuk mencari rezeki, apabila sudah tua tidak diminati. Apabila saya mendengar kenyataan ibunya itu, saya terkejut, bagi saya pandangan itu agak kampung.
Tidak ada istilah terlalu tua untuk berkahwin, jika jodoh belum tiba, tidak patut main sauk dengan lelaki yang sedang berjalan, segera berkahwin. Dia sungguh-sungguh memujuk saya untuk berkenalan dengan anaknya. Saya menolak, tetapi akhirnya menerima juga, kerana saya tidak suka ibunya meminta berkali-kali. Saya pun berpesan awal-awal, kenal sahaja, tidak lebih dari itu.
Ali ini sudah bercinta beberapa kali sebelum ini, tetapi bekas kekasih terakhirnya disergah membawa lelaki lain masuk ke rumah, itulah sebabnya dia trauma dengan wanita, begitulah yang saya dengar dari ibunya. Katanya dia sudah tidak mahu dengan mana-mana wanita lagi, dia sudah tidak mahu berkahwin lagi.
Pertemuan pertama kami melalui perbualan, agak hambar, mungkin kerana kami berdua tidak mahu kenal antara satu sama lain tetapi kerana dipaksa oleh ibunya, kami berdua mula berkenalan. Tetapi saya tidak tahu mengapa tiba-tiba dia terbuka hati, tiba-tiba dia mula bertindak baik terhadap saya, saya juga tidak tahu mengapa.
Dalam hubungan kami, ibunya yang banyak berperanan, memaksa kami keluar makan, ibunya juga yang tekun membawa keluarganya datang ke rumah saya untuk berkenalan dengan ibu saya. Secara kebetulan, ibu saya menyukai Ali ini.
Fast forward, kami bertunang dan akhirnya berkahwin. Sebelum berkahwin, banyak tanda bahaya yang saya lihat pada Ali ini tetapi saya diam sahaja, saya tidak menceritakannya kepada ibu saya. Jika ibu saya tahu, saya rasa ibu saya juga tidak akan memberi izin kepada saya untuk berkahwin dengannya.
Yang pertama, dia dari awal mengenali saya, dia berani meminjam wang dari saya, sejak itu, setiap minggu dia meminta wang dari saya dan tidak pernah sekali pun dia membayar balik, sehingga sekarang. Sekali pinjam bukan RM10, RM20, ya. RM300, RM500, RM700 pun pernah, ya saya tahu saya bodoh, terlalu cepat percaya, terlalu cepat kasihan, terlalu cepat sayang.
Tanda bahaya kedua, dia merokok. Setiap kali selepas makan pasti merokok, langsung tidak menghormati saya. Saya ini tidak biasa dengan bau rokok, ayah saya, abang-abang saya semua tidak merokok. Ada lagi beberapa yang saya perhatikan tetapi saya bodoh, saya selalu fikir selepas berkahwin nanti dia pasti berubah tetapi realitinya?
Dari mula kahwin sehingga sekarang aku kahwin setiap bulan aku bayar sewa rumah, kereta, bil api air, Coway, barang-barang dapur, belanja makan, duit rokok dia pun kadang-kadang minta dekat aku. Duit hantaran aku habis, takde sesen pun yang aku simpan untuk diri aku, semuanya untuk kami berdua, barang dalam rumah, semua beli pakai duit aku, perabot semua, tak cukup duit hantaran, duit mas kahwin pun dia guna, gelang emas waktu akad nikah tu pun dia pajak.
Aku yang sebelum ni hidup sorang, boleh ada simpan sampai RM4-5k, sekarang ni kosong, apa pun takde. Gaji aku setiap bulan kena tanggung isi rumah untuk 2 orang seolah-olah macam aku lah suami. Gaji dia mana?
Gaji dia ada tapi tak banyak, basic RM1.8k, dia malas kerja, selalu MC sampai tak boleh ambil MC, boss dia suruh ambil unpaid leave, sebulan gaji dia masuk RM1.3k macam tu je. Itupun habis katanya, bayar hutang along. Lepas kahwin baru aku tahu dia ada hutang along.
Macam-macam benda aku tahu lepas kahwin, dia ambil dadah, ibu dia tau tapi ibu dia sorokkan daripada aku, rupanya duit yang dia pinjam sebelum kahwin tu untuk beli dadah. Tapi kalau tengok depan-depan, tak nampak pun dia ni orang macam tu, sebab dia still nampak segak, rupa-rupanya hmmm.
Sepanjang kami kahwin, dia memang layan aku baik mungkin segan sebab aku banyak keluar duit so kalau aku ajak pergi mana-mana ke nak buat apa ke dia tak pernah tolak. Terlampau baik sampai bila aku dah tau benda yang dia buat belakang aku, aku terkejut, macam tak percaya, dia macam orang lain belakang aku.
Dia memang berahsia dengan aku, password hp dia memang dia tak bagitau aku, media sosial dia pun takde satu yang aku tau, dia cakap takde, dia tak layan semua tu, rupanya tipu. Satu hari aku jumpa FB lama dia, penuh gambar dia dengan ex dia, peluk-peluk pun ada, punya sayang email dia pun nama gabungan diorang, sekali dengan tarikh hari first diorang bercinta.
Aku cuba jelah try nasib kan, masukkan tarikh tu try bukak hp dia, terus bukak. Terkejut aku, dia tak tukar password hp dia walaupun dah kahwin dengan aku. Dari situ lah aku tau satu per satu pasal apa yang dia buat belakang aku, dia ambil dadah, dia mesej perempuan lain belakang aku, pasal sebelum kahwin dia pernah tidur dengan ex dia, check in hotel banyak kali pun pernah.
Lepas kahwin ni dia tak cari ex dia, tapi dia cari perempuan lain, dekat WeChat dia penuh chat dia dengan perempuan semua conversation lucah, aku sumpah terkejut, aku menangis teresak-esak fikir apa salah aku. Aku selalu masak untuk dia setiap hari walaupun aku busy kerja, aku selalu hulur duit, duit belanja dia pergi kerja pun aku yang bagi tiap hari, aku layan family dia baik, aku jaga mak ayah dia bila diorang masuk hospital.
Apa yang kurangnya aku ni sampai dia cari perempuan lain? Kadang-kadang sedih, aku selalu dengar sebelum kahwin, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Aku sebelum kahwin tak pernah sentuh mana-mana lelaki, aku jaga kehormatan aku, tapi aku sedih, akhirnya aku ditakdirkan kahwin dengan lelaki yang pernah disentuh oleh ramai wanita.
Aku sedih sangat, aku tak tahu nak buat apa, aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Buruk suami aku, satu pun mak aku tak tau. Sampai sekarang mak aku masih sayang suami aku macam anak dia. Aku tak nak hampakan perasaan kedua orang tua kami, apa patut aku buat?
Airmata aku dah kering dah menangis, aku makin tawar hati dengan suami aku, jijik pun ada sebab walaupun dah kahwin dia boleh offer perempuan tidur rumah kami waktu aku takde dekat rumah, siap tanya, kalau tak nak datang rumah, dalam kereta nak tak?
Allahuuuu, kereta aku tu, atas nama aku, aku yang bayar tiap bulan, duit minyak semua aku support, dia dengan muka tak malu bawak pergi kerja tiap hari, tayang kereta kononnya tu kereta dia, umpan perempuan lain. Aku tak boleh nak taip dah, tangan aku menggigil bila teringat satu persatu apa yang aku jumpa dalam hp dia.
Sampai di sini sahaja yang aku boleh ceritakan. Aku harap ada yang boleh kongsikan, berikan pendapat untuk keadaan aku sekarang. Terima kasih sudi baca cerita aku yang tunggang langgang ni, doakan aku kuat ya. Sekian. – Ida (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet:
Ibrayusarima Ibrahim: Semoga dipermudahkan urusan memulangkan balik Ali kepada emaknya. Emaknya tu dah tak larat nak jaga Ali, sebab tu dia minta TT jaga.. geramnya!!!
Arib Banin: Sementara anda ada akses phone suami, copy/screenshoot untuk bukti.. sebab depan keluarga dia baik confirm ramai tak percaya. Siapkan diri sebelum langkah seterusnya.
Saadiah Jaafar: Undur diri lah nak. Kesian kau mensia-siakan kehidupan kau untuk suami yang perangai macam tu. Kau berhak untuk bahagia. Cari lah kekuatan untuk keluar dari kehidupan sekarang. Berterus teranglah dengan kedua ibubapa supaya mereka tahu derita yang kau lalui.
Percayalah mereka akan menyokong kau untuk lebih kuat. Rasanya takde ibu bapa yang rela membiarkan jika anak mereka terdera hatinya sebegitu. Percayalah kebahagiaan itu pasti milik kamu 1 hari nanti.