Suami tak ada lesen memandu, lebih 4 tahun kahwin duduk rumah je tak pernah dibawa berjalan keluar rumah, tarikh penting pun tak pernah ingat! Perasaan sayang tidak semestinya diterjemahkan melalui perbuatan dan kata-kata yang romantis sahaja.
Sebaliknya, setiap individu ada cara tersendiri untuk menzahirkan rasa cinta dan penghargaan buat pasangan masing-masing.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa buntu terhadap sikap ‘selamba’ suaminya sepanjang empat tahun berumah tangga sehingga dia berasa seperti tidak dihargai.
Meskipun kedengaran remeh, wanita itu berkata dia kesal dengan suaminya yang tidak pernah menyambut detik istimewa seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan mereka.
“Saya nak tanya pendapat awak dan yang lain. Saya dah kahwin hampir empat tahun. Empat tahun dia tak ingat ulang tahun dan hari lahir saya.
“Saya terasa sebab benda kecil pun tiada effort. Empat tahun dalam perkahwinan bukan sekejap,” ujarnya menerusi luahan di laman Twitter.
Enggan mendedahkan identitinya, wanita itu berkata suaminya juga jarang membawa dia dan anak-anak untuk keluar bersuka ria.
“Saya ada anak seorang. Tahun ni anak saya masuk umur tiga tahun. Tiga tahun juga dia tak pernah bawa saya jalan-jalan, makan. Tak ada langsung,” luahnya lagi.
Tambah wanita itu, sikap suaminya menyebabkan dia mula tawar hati dan sehingga kadang-kala terfikir untuk mula hidup sendiri.
“Saya makin lama makin tawar hati. Saya bukan minta dia rumah banglo atau kereta mewah. Ni dia lesen kereta pun tak ada.
“Macam saya cakap tadi. Langsung tak ada effort selama empat tahun. Apa perlu saya buat? Kadang rasa macam nak hidup sendiri je,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut mempertikaikan wanita itu yang mula bersuara selepas empat tahun mendakwa hidup derita.
Malah, netizen turut mempersoalkan bagaimana wanita itu sanggup untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai lesen kereta.
“Lamanya empat tahun. Kenapa baru sekarang? Tak pernah bawa jalan-jalan langsung? Patut dalam setahun kahwin dah kena bincang masalah-masalah ni. Pendam memang sakit.
“Maaf bitter tapi macam mana boleh teruskan kahwin dengan lelaki tak ada lesen kereta? Kenapa empat tahun kahwin tiba-tiba ungkit tentang lesen?
“Tu semua dah jatuh dalam nafkah batin. Tapi kenapa selepas empat tahun baru bunyi? Macam mana tahan empat tahun?
“Dah empat tahun baru nak berbunyi susah la. Masa awal kahwin beritahu terus nak macam mana,” ujar beberapa netizen.