“Suami suka perempuan seksi, kawan baik aku yang seksi jadi mangsa suami aku..”

Photo of author

By Joe

“Suami suka perempuan seksi, kawan baik aku yang seksi jadi mangsa suami aku..”. Salam.. Masalah saya ini telah lama saya pendam, rasanya sudah tidak boleh ditahan lagi. Hatiku ini terasa ingin meletup. Nampaknya saya terpaksa juga menceritakan di sini untuk meringankan beban saya. Begini ceritanya, perkahwinan saya sudah 5 tahun.

2 tahun pertama kami bahagia walaupun suami sering tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh saya. Suami mulai berkelakuan buruk tahun ketiga semasa saya mengandung anak sulung. Ramai sekali perempuan yang muncul dalam perkahwinan kami.

Ada pelajar, pelayan kelab, jururawat dan macam-macam lagi. Saya pula yang susah payah berjumpa dan berhubung dengan perempuan-perempuan suami untuk mengetahui perkara sebenar. Oleh kerana tekanan yang sangat besar, saya terpaksa melahirkan anak secara c-sect walaupun doktor telah mencuba pelbagai cara.

"Suami suka perempuan seksi, kawan baik aku yang seksi jadi mangsa suami aku.."

Saya pernah terfikir untuk bercerai tetapi saya menahan diri kerana memikirkan anak yang kecil waktu itu. Tapi dalam hati saya masih ada denda pada suami. Pada tahun ke-5 perkahwinan saya berhasrat untuk mengandung supaya hubungan kami kembali baik.

Kuasa Allah, tidak sampai sebulan saya telah mengandung. Saya kini mengandung 3 bulan lebih anak kedua. Saya mengalami alahan yang sangat teruk semasa mengandung sehingga dimasukkan ke hospital. Perangai suami pula semakin teruk.

Dia selalu tidak pulang ke rumah, kalau pulang pun seawal 5 pagi dalam keadaan mabuk. Paling awal dia akan pulang pukul 3 pagi. Suami langsung tidak menghiraukan kesihatan saya. Kalau saya nak makan ke apa, pandailah saya sendiri. Saya yang tidak sihat ini selalu memaksa diri untuk beli makanan untuk saya dan anak yang berumur 2 tahun.

Saya kuat kerana anak saya. Pernah saya nak pitam, saya duduk di tepi jalan dulu, bila sudah ok saya teruskan berjalan. Suami pula telah bekerja dengan seorang kontraktor yang agak berjaya. Yang saya sedih sangat, kontraktor ini selalu bawa suami saya untuk menghiburkan pelanggan ke tempat-tempat seperti karaoke, kelab yang ada gr0. Semuanya ditanggung oleh bos suami.

Bila saya tanya pada suami, dia kata hanya bernyanyi, tanya buat apa-apa dengan pelayan-pelayan di situ tetapi saya masih was-was. Tidak mungkin selalu pergi hanya melihat sahaja pelayan-pelayan yang seksi itu. Kawan suami pernah terlepas cakap melihat suami bercium-cium dengan pelayan kelab.

Suami saya memang suka perempuan yang seksi. Saya pula sejak berkahwin berjanji pada diri sendiri untuk memakai tudung dan saya tinggalkan semua kawan-kawan dan dunia luar. Hidup saya selepas kahwin hanya untuk anak dan suami.

Saya pernah cuba mengikut rentak dia dengan mengikut dia ke karaoke dan berpakaian seksi bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan. Tetapi suami saya kata saya kuno dan keras seperti batu duduk je tanpa menari. Saya sedih kerana saya tidak boleh mengikuti rentak dia, saya rasa malu untuk menari di depan orang ramai.

Sejak itu, saya tidak mengikut dia lagi, saya rasa bersalah juga meninggalkan anak saya. Setelah hati saya disakiti dan kesabaran saya sampai kemuncak minggu lepas saya telah pergi ke Pejabat Agama. Saya dikonseling.

InsyaAllah minggu ini saya dan suami diarahkan untuk dikonseling bersama tetapi suami bercadang tidak akan datang. Katanya, talak di tangan dia jangan paksa-paksa. Saya sekarang dalam keadaan tidak tenang, asyik menangis sahaja, lebih lagi sekarang saya tahu suami saya sering telefon kawan saya yang ada masalah dengan suaminya.

Kawan saya ini sangat seksi, memang citarasa suami saya. Kawan saya beritahu saya suami sering ajak dia keluar. Saya sangat sedih, hati tidak tenang. Kadang-kadang saya terfikir untuk bawa anak saya di tengah-tengah jalan, biar putus nyawa kami.

Saya betul-betul buntu. Lagi satu yang selalu saya fikirkan, untuk ke mahkamah terus dan failkan perceraian tetapi saya rasa tidak cukup kuat untuk buat begitu. Saya takut kena bayar fee yang tinggi untuk failkan kes.

Sekarang ini, saya baru tahu dari kawan perempuan saya suami saya ajak dia tengok wayang tengahari esok, siap suruh cari tempat gelap-gelap supaya senang nak berjalan tangan. Sedih betul. Suami saya siap pesan supaya jangan beritahu apa-apa kepada saya kalau saya tanya pasal hubungan mereka.

Saya mengigil menangis tadi, sedih bila kawan saya cakap suami nak ringan-ringan dengan dia. Tak tahu sama ada dia cakap saja atau betul-betul nak buat. Sebentar lagi saya nak balik, nak singgah mahkamah syariah nak ambil borang.

Saya langsung tidak boleh buat kerja. Hari ini rasa macam nak meletup kepala otak, sedih teramat sangat. Saya akan serahkan segalanya pada Allah. Kalau suami sudah tidak sayangkan saya dan masih hidup seperti bujang, saya tidak akan sabar sampai tua.

Sangat sedih melihat anak-anak saya yang akan kehilangan ayah tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan anak-anak. Saya rasa suami tidak akan berubah walaupun diberi 10 kali peluang. Bila tengok bapak mertua yang hidup seperti bujang, lepak sampai pagi, kerja malas harap mak mertua saya saja menyara keluarga, saya rasa itulah suami akan buat pada saya. Itulah contoh yang ada di depan mata.

Beza mak mertua tidak bekerja jadi dia terpaksa buat kerepek untuk dijual. Sedangkan saya bekerja, jadi saya rasa saya boleh jadi lebih kuat lagi. Sekarang semangat saya sudah bertambah, saya tidak mahu menangis lagi merintih sendiri di rumah sedangkan suami sedang enjoy memeluk perempuan di karaoke atau tempat hiburan sambil minum arak.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk terus menjadi kuat demi hidupku, dengan anak yang masih kecil dan kandunganku ini. Saya harapkan doa dan kata-kata semangat dari para pembaca. Ya, memang saya makin kuat tetapi kadang-kadang saya bingung. Harap pembaca dapat membantu saya.. Terima kasih.

Baca Lagi:
Lelaki tunggang motosikal bawa pistol di Terengganu dicekup polis
Jumpa duit RM253,976, polis kenal pasti pemilik sebenar, rupanya milik warga emas pengidap penyakit mental
Betul ke amalan tutup cermin ketika orang meninggal dunia ada dalam Islam?, Ini penjelasan ustaz